Mo Salah bukan pilihan jadi pemain terbaik EPL, bintang Man United disebut lebih layak


  • Podium
  • Jumaat, 28 Mac 2025

Fernandes dianggap calon pilihan untuk memenangi Anugerah Pemain Terbaik Tahunan EPL selain Salah.

KAPTEN Manchester, Bruno Fernandes dianggap calon lebih layak untuk menerima Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Liga Perdana Inggeris (EPL) berbanding bintang Liverpool, Mohamed Salah.

Meskipun sedar kedudukan semasa The Red Devils, bekas pertahanan Arsenal, Bacary Sagna tetap meramal Fernandes sebagai calon lebih layak untuk diangkat sebagai penerima anugerah berkenaan walaupun kelabnya tidak berada pada kedudukan terbaik pada saingan musim ini.

“Bruno Fernandes mempunyai peluang untuk memenangi anugerah itu. Dia mempunyai kualiti tetapi apa yang dilaluinya tidak begitu baik, namun saya perlu berikan kredit kepadanya.

BACA LAGI: Aksi Kedah-JDT dijangka hangat dengan kepulangan 'maestro' Harimau Malaya 

BACA LAGI: Bergegar saat menjamu selera, ex import Liga M berdepan detik ngeri gempa bumi di Thailand

“Mungkin dia perlukan lebih banyak masa untuk sesuaikan diri, namun dia sudah berada pada tahap sepatutnya. Dia menggalas tanggungjawab kapten dan lantikan itu pastinya bersebab.

“Kita pun tahu kualitinya ketika bersama Portugal dan dia pun sudah menjawab jangkaan orang ramai terhadapnya ketika menyertai Manchester United,” kata Sagna.

Catatan dan prestasi semasa menyaksikan Salah masih kekal sebagai pilihan utama kerana bintang dari Mesir itu berjaya merekodkan 27 gol serta 17 bantuan jaringan dalam saingan EPL musim ini.

Kecemerlangan Salah membolehkan Liverpool yang dilatih Arne Slot musim ini berada dalam situasi selesa untuk menjulang kejuaraan EPL. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram