
BEKAS pemain import Sri Pahang FC, Patrick Cruz sempat berkongsi dalam Instagram miliknya detik-detik cemas gempa bumi yang melanda bumi Thailand pada Jumaat (28 Mac).
Cruz yang kini beraksi di Thai League 2 bersama Lampang FC merakamkan kejadian gempa bumi ketika dia sedang menikmati makanan di sebuah restoran di negara itu.
Pemain berusia 32 tahun itu berlari keluar dari restoran selepas merasakan gegaran yang kuat selama dua minit dan berkongsi keadaan tanah yang dilihat sedang bergerak.
BACA LAGI: Piala MFL dimansuhkan, peluang MFL rombak bola sepak belia Malaysia — Ramon Marcote
Dalam perkongsian sejam sebelum gempa bumi itu berlaku, Cruz pada awalnya merakam video persekitaran restaurant yang cantik dipenuhi dengan pokok-pokok kehijauan.
Dengan reka bentuk yang unik dimiliki premis makanan itu, Cruz juga sempat berkongsi hidangan yang dipesan olehnya sebelum kejadian negeri itu berlaku.
Sejam selepas perkongsian indah Cruz itu, dia dilihat berlari keluar dari restoran sempat berkongsi air pancut berubah warna hitam akibat kesan gegaran gempa bumi.
Perkongsian video oleh Cruz di Instagram miliknya.
Bukan sahaja Cruz, beberapa pelanggan yang hadir turut meninggalkan restaurant tersebut selepas mengalami pengalaman negeri itu.
Untuk rekod, Cruz beraksi di Thailand sejak 2023 selepas meninggalkan kelab Georgia, Ghajnsielem dengan menyertai Phrae United, Pattaya United dan Lampang FC.
Bersama Pahang, Cruz telah menjaringkan 10 gol dan dua 'assist' dalam 12 penampilannya di semua kejohanan domestik Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram