
"ADAKAH pemain bola sepak sanggup terima gaji RM3000 hingga RM5000?."
Itulah persoalan yang dilontarkan oleh jurulatih akar umbi, Shazwan Wong selepas melihat banyak pasukan Liga Malaysia (Liga M) terkesan dengan kos operasi tinggi Liga Super sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Menurut Shazwan, adakah pemain bola sepak mahu slip gaji dengan bayaran puluhan ribu tetapi terpaksa menunggu dua hingga tiga bulan untuk gaji tersebut dilunaskan?
BACA LAGI: [VIDEO] 'Mari tumbuk aku', Johan Ghazali cabar lelaki pukul wanita di Senawang
BACA LAGI: [VIDEO] Kelab Liga Super 'terliur' lihat kehadiran naturalisasi baharu Vietnam
"Dengan kebanyakan pasukan Liga M menghadapi masalah kewangan, saya ingin tahu sama ada pemain bersedia menerima gaji RM3,000 hingga RM5,000 untuk bermain bola sepak dengan jaminan bahawa mereka akan mendapat bayaran tersebut.
"Atau masih memilih gaji RM20,000 ke atas di 'atas kertas' tetapi tanpa kepastian bila atau jika ia akan dibayar?
"Ya, memang ada pasukan yang membayar sebanyak itu dan bayaran akan dibuat tepat pada masanya, tetapi anda perlu cukup bagus untuk berada di sana," katanya.
With most M League teams having financial problems, I would like to know if players are ready to accept a salary of RM3000 - RM5000 to play football with a guarantee that you’ll be getting the money, or still opt for RM20,000 above “ on paper “ but no clue if you are getting it…
— Shazwan Wong(@ShazwanWong) March 30, 2025
Persoalan itu mendapat pelbagai reaksi positif daripada penyokong bola sepak tanah air yang mencadangkan pelbagai alternatif untuk memulihkan barah isu tunggakan gaji dalam Liga Super yang semakin parah.
Malah ada juga yang mendedahkan bahawa ada segelintir pemain lebih sanggup andai gaji tertunggak berbanding menerima gaji kecil seperti yang disyorkan oleh Shazwan.
"Kadar yang saya percaya paling sesuai adalah sekitar RM2,000 hingga RM3,500 untuk gaji asas. Pemain bola sepak Malaysia perlu menerima hakikat bahawa mereka tidak berada dalam industri bola sepak seperti di Eropah," kata Naufal Nizar.
"Mungkin boleh meniru model MLS. Ada had gaji tetapi terdapat tiga atau empat 'pemain khas' yang boleh menerima gaji tinggi dan tidak termasuk dalam had gaji tersebut. Jadi, untuk mendapatkan status sebagai pemain khas, seseorang itu perlu menjadi pemain yang benar-benar luar biasa," jelas Shahir Razak.
"Pernah berbual dengan pemain. Ada yang tidak mahu turun gaji, ada yang sanggup (gaji tertunggak)," ujar Misdianto.
"Kalau tak silap saya, dulu ada satu pasukan, tapi tak pasti pasukan mana atau jurulatih mana yang merancang untuk menetapkan 'gaji siling' bagi pasukan mereka. Dia mahu menyamaratakan gaji semua pemain, tetapi kebanyakan pemain tidak setuju," komen Zarith Zhinnoz.
Liga M telah lama bergelut dengan ketidakstabilan kewangan, dengan beberapa pasukan menghadapi kesukaran dalam memenuhi kewajipan kewangan mereka.
Situasi itu mencetuskan perbincangan mengenai penyelesaian yang boleh diambil untuk memastikan kelangsungan liga dan kelab yang bertanding.
Salah satu cadangan yang diketengahkan adalah pemain bersetuju untuk melakukan penyesuaian terhadap kontrak atau gaji mereka bagi mengurangkan beban kewangan kelab masing-masing.
Namun, keberkesanan pendekatan itu bergantung kepada beberapa faktor, termasuk kesediaan pemain untuk bekerjasama, implikasi undang-undang terhadap perubahan kontrak sedia ada, serta kesan keseluruhan terhadap moral dan prestasi pasukan.
Ketika Liga M terus berusaha menangani cabaran kewangan itu, pandangan dan pendapat individu seperti Shazwan Wong memainkan peranan penting dalam perbincangan mengenai masa depan bola sepak Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram