
BUAT masa sekarang, bola sepak Indonesia berada pada tahap yang cukup baik apabila skuad Garuda menyertai pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.
Antara pemain yang menjadi nadi skuad Garuda itu adalah pemain tengah berdarah warisan iaitu Marc Klok. Pemain Persib Bandung itu antara nama-nama awal yang menghiasi skuad Indonesia dari kalangan pemain berdarah Belanda.
Di Persib, kontraknya dilaporkan akan tamat pada Disember 2025. Dengan tempoh yang begitu singkat, namanya boleh dipertimbangkan oleh beberapa kelab Liga Super untuk dibawa beraksi di Malaysia.
BACA LAGI: [VIDEO] Sanggup jadi penjaga gol, Jordi Amat imbau kenangan dilamar kelab EPL
BACA LAGI: [VIDEO] Tiga pemain digantung tiba-tiba, Bojan Hodak label peraturan di Indonesia ibarat sarkas
Terbang ke Pantai Timur
Destinasi yang dilihat idea untuk Klok cuba membawa diri ke Liga Super adalah dengan beraksi di Pantai Timur bersama-sama Terengganu FC.
Kelab itu dalam beberapa musim sering berbangga kerana mampu mencipta barisan pertahanan yang ampuh dalam kalangan pemain tempatan seperti Shahrul Nizam, Ubaidullah Samsul dan Safwan Mazlan.
Kualiti Klok sebagai pemain tengah boleh menjadi nilai tambah skuad Terengganu.
Namun begitu, sekiranya Klok hadir ke Terengganu, barisan pertahanan itu dapat dilindungi dengan persembahan Klok yang cemerlang di bahagian tengah sekali gus membuatkan pintu gol skuad Penyu sukar untuk ditembusi.
Jika ia menjadi nyata, diharap Klok tidak akan melalui episod serupa seperti salah seorang pertahanan dari Belanda berdarah Indonesia iaitu Matthew Steenvoorden.
Mai lah sini, Pulau Pinang menanti
Jika Terengganu tidak menjadi pilihan, satu lagi destinasi di utara Semenanjung Malaysia boleh dipertimbang oleh Klok dengan menyertai Penang FC.
Dengan pasukan yang memerlukan upgrade di pelbagai posisi, kehadiran Klok pastinya boleh menguatkan barisan tengah Harimau Kumbang yang ditunjangi oleh Syamer Kutty Abba.
Wenzel-Halls antara pemain import yang beraksi baik untuk Penang.
Penang pastinya mampu mendapatkan pemain import berkualiti. Jika sebelum ini mereka berjaya mendapatkan Dylan Wenzel-Halls, sudah pasti pengurusan Penang mampu mengejar tandatangan Klok.
Dengan adanya pemain seperti Rafael Vitor dan Wenzel-Halls, kehadiran Klok boleh menajamkan lagi skuad Penang.
Cipta nama di Cheras
Satu lagi destinasi yang boleh dijadikan pilihan adalah dengan menyertai kelab yang dianggap 'hipster' iaitu Kuala Lumpur City FC.
Bekas kelab Bojan Hodak dan Kevin Mendoza itu dilihat sebagai seakan perjudian buat karier Klok kerana ia skuad Warga Kota masih mempunyai masalah gaji tertunggak yang serius.
Bojan Hodak (tengah) merupakan bekas pengendali KL City.
Namun begitu, jika Klok ke KL City, dia boleh mencipta gandingan hebat bersama-sama Paulo Josue dan Zhafri Yahya di bahagian tengah skuad Warga Kota.
Klok sentiasa boleh mendapatkan nasihat daripada Hodak dan juga Mendoza sebelum membuat keputusan sama ada mahu ke KL City atau tidak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel danTelegram