
PENYOKONG Liverpool kini berdepan mimpi ngeri apabila khabar angin mengenai Trent Alexander-Arnold yang hampir pasti berpindah ke Real Madrid semakin kuat diperkatakan.
Lebih membimbangkan, Arnold mungkin bukan satu-satunya pemain yang mengimpikan perpindahan ke Bernabeu itu berlaku.
Perpindahan Arnold dari Anfield tidak dapat dielakkan, dengan laporan mengenai perpindahan ke Madrid semakin memuncak pada Selasa (25 Mac) selepas spekulasi selama berbulan-bulan.
BACA LAGI: SPL lubuk import Jepun berkualiti buat kelab Liga Super jimat bajet musim depan
Walaupun belum ada pengesahan rasmi daripada Liverpool atau Real Madrid, nampaknya masa akan menentukan sebelum perjanjian itu diumumkan.
Perkara itu sememangnya sukar diterima oleh peminat Liverpool kerana kehilangan pemain terbaik secara percuma, lebih-lebih lagi apabila bintang tersebut adalah produk akademi kelab sendiri.
Keadaan mungkin menjadi lebih parah dengan kontrak kapten pasukan, Virgil van Dijk dan Mohamed Salah juga akan tamat tidak lama lagi,
Dua pemain senior itu turut mempertimbangkan mencari kelab baharu pada musim panas ini.
Jika Liverpool kehilangan ketiga-tiga pemain itu, ia akan menjadi tamparan hebat buat The Reds untuk mengharungi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.
Peminat pastinya tidak mahu melihat lebih ramai bintang utama meninggalkan Anfield, apatah lagi menuju ke Madrid sekali lagi.
Namun, mereka mungkin perlu bersedia untuk kemungkinan itu kerana Alexis Mac Allister mungkin akan mengikuti Arnold ke Bernebau pada masa akan datang.
Pemain tengah itu, yang menjadi tonggak penting sejak menyertai Liverpool pada 2023, sebelum ini pernah bercakap mengenai kemungkinan berpindah ke La Liga.
"Ya, kenapa tidak?" katanya ketika ditanya oleh AS. "Ia adalah sebuah negara yang saya suka dan saya sudah beberapa kali melawatnya. Tambahan pula, dari segi bahasa dan budaya, ia sangat mirip dengan Argentina. Saya pasti ingin bermain di Sepanyol suatu hari nanti."
Jika Mac Allister berpindah ke Sepanyol, ada kemungkinan besar dia akan menyertai Arnold di Madrid.
Los Blancos sebelum ini pernah dikaitkan dengan pemain Argentina itu dan jelas terdapat rasa kagum daripada bekas pemain Brighton tersebut terhadap Madrid.
"Impian ada untuk direalisasikan. Saya telah mencapai perkara-perkara yang tidak pernah saya bayangkan dalam impian terbaik saya, dan saya sangat gembira dengan pencapaian saya sekarang," katanya selepas menjaringkan gol menentang Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram