
PENGENDALI Harimau Malaya, Peter Cklamovski akhirnya sudah membuat keputusan untuk menggugurkan tujuh pemain menjelang aksi pusingan ketiga Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor pada Selasa.
Menerusi perkembangan yang dikongsikan oleh pemerhati sukan tanah air, Zulhelmi Zainal Azam pada laman X miliknya memberitahu bahawa pemain warisan baharu iaitu Gabriel Palmero antara tujuh pemain tidak tersenarai pada aksi hari ini.
Selain Palmero, tiga pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu Natxo Insa, Mohamadou Sumareh dan penjaga gol muda, Christian Abad juga terlepas kesempatan untuk mewakili Malaysia kali ini.
BACA LAGI: 'Malas bising-bising', TMJ sahkan Hector Hevel bintang warisan HM
BACA LAGI: Tak semua mampu beraksi, 4 bintang HM mungkin hanya jadi penonton menentang Nepal
"Sumareh dan Gabriel Palmero antara 7 pemain yang tidak tersenarai dalam skuad akhir 23 pemain bertemu Nepal. Pemain lain ialah Zikri Khalili, Safwan Mazlan, Haqimi Azim, Natxo Insa dan Christian Abad," lapor Zulhelmi pada Selasa.
Dalam senarai berkenaan, kehilangan Insa sudah dapat diduga susulan Cklamovski sebelum ini mengesahkan pemain berusia 38 tahun itu menjalani latihan bersendirian bagi memulihkan kecederaan.
Manakala, penguguran Sumareh dalam pasukan juga menggembirakan penyokong domestik susulan namanya paling menimnbulkan kontroversi ketika senarai 27 pemain Harimau Malaya dikelaurkan pada 13 Mac lepas.
Selain berdepan persaingan sengit di bahagian serangan dengan kehadiran pemain berkualiti seperti Arif Aiman, Akhyar Rashid dan Faisal Halim, Sumareh turut berdepan isu kekurangan minit permainan.
Walaupun penyokong tanah air terlepas untuk menyaksikan Palmero membuat debutnya, peminat masih berpeluang menyaksikan pemain tengah Portimonense FC, Hector Hevel untuk tampil dalam perlawanan pertama.
Untuk rekod, Hevel pernah beraksi buat beberapa pasukan sepanjang karier, termasuk ADO Den Haag di Belanda serta pasukan dari China, Guangxi Pingguo FC. Pengalamannya beraksi di Asia dan Eropah mampu membawa nilai tambah dalam Harimau Malaya pada aksi malam ini.
Pengalaman luas serta pendedahan diterima sekitar Eropah diharapkan menjadikan pemain warisan itu sebagai tonggak baharu Harimau Malaya dalam misi menjadi antara pasukan terbaik sekitar Asia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram