
KEM Terengganu FC menerima khabar kurang gembira apabila dilaporkan Zul Fadli Rozi bakal menggalas peranan sebagai pengurus skuad Harimau Malaya.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi diumumkan sebagai pengurus pasukan.
Namun dalam perkembangan terkini, Zul Fadli Rozi yang juga merupakan Pengarah Sukan Terengganu dilaporkan bakal mengisi jawatan tersebut.
BACA LAGI: 'Kalah menang belakang cerita', fans Tok Gajah cuma mahu 'enjoy' final Piala Malaysia
BACA LAGI: Posisi terkini Dion Cools antara 3 input menarik pertembungan Malaysia-Nepal
Joe Rozi (kanan) bakal menggalas tugas sebagai pengurus pasukan skuad kebangsaan. — Facebook/Malaysia NT
Menerusi hantaran di laman Facebook Malaysia NT, Zul Fadli Rozi yang mesra dikenali sebagai Joe Rozi itu dilihat turut bersama skuad kebangsaan dalam satu sesi latihan di Padang Seri Gelam dan Stadium Sultan Ibrahim, Johor.
Dalam hantaran tersebut, Joe Rozi kelihatan bersama Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim sambil mengenakan t-shirts staf Harimau Malaya.
Hal itu seperti turut disahkan apabila pemerhati bola sepak tempatan, Fina Nasrom membuat satu ciapan mengatakan Joe Rozi kini menyertai Harimau Malaya.
"Difahamkan Zul Fadli Rozi kini pengurus skuad kebangsaan menggantikan Datuk Yusof Mahadi yang pada asalnya di lantik untuk galas tanggungjawab tersebut," katanya di laman X pada Selasa.
Joe Rozi tidak asing dengan peranan pengurus pasukan, kerana sebelum ini dia pernah menggalas tanggungjawab tersebut bersama Terengganu dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).
Sebelum ini, bekas jurulatih Terengganu II, Hairuddin Omar turut dikesan menyertai revolusi Harimau Malaya yang dicetuskan Tunku Ismail. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram