'Malas bising-bising', TMJ sahkan Hector Hevel bintang warisan HM


  • Podium
  • Jumaat, 14 Mac 2025

TMJ sahkan Hector Hevel sebagai pemain warisan yang akan membantu Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027.

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim seolah-olah mengesahkan bahawa Hector Hevel akan menyertai Harimau Malaya sebagai pemain warisan.

Berita gembira itu dikongsikan oleh pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) di laman Instagram rasmi baginda pada Jumaat.

Tunku Ismail yang lebih dikenali sebagai TMJ, sepertinya tidak mahu penyokong tanah air terus berteka-teki mengenai kehadiran pemain warisan tersebut.

BACA LAGI: Senasib Jimmy Raymond, 3 wira Piala AFF terlepas bertemu Nepal

BACA LAGI: 'Bantu Persis elak penyingkiran,' Kim Swee Jurulatih Terbaik Mingguan Liga 1 Indonesia

Menurut TMJ, ketiga-tiga pemain warisan itu dilaporkan sudah melapor diri pada 31 Januari lalu dan hanya menunggu kelulusan daripada pihak kerajaan.

"31 Januari semua sudah lapor, cuma menunggu kelulusan kerajaan saja, malas nak bising-bising. #merekatakbiasa," tulis baginda.

Tangkap layar Instastory TMJ.

Sebelum ini, tular di media sosial mendakwa pemain berusia 28 tahun itu merupakan salah seorang pemain warisan yang bakal menyertai Harimau Malaya dalam Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada 25 Mac nanti.

Dengan hantaran tersebut, TMJ sekali lagi membuktikan bahawa di Johor, kejayaan dicapai melalui tindakan nyata bukan sekadar harapan.

Menurut TMJ, gerak kerja di Johor berfokuskan kepada tindakan bukan sekadar memberi harapan palsu.

“Di Johor atau cara Johor, kita buat kerja tak perlu heboh-heboh, hype sampai ke langit, beri harapan palsu, dan in the end tiada apa-apa.

“Cara kita di Johor adalah ‘actions speak louder than words’. We don’t talk, we make it happen. Our word is our pride. When we promise, we bleed for it.

“Itulah Johor, results speak louder. Dah bertahun kami buktikan setiap benda yang diumumkan akan dilaksanakan dan menjadi realiti. Tetapi tak semua orang faham dan tak perlu kita salahkan mereka, mereka tak biasa,” ujar baginda. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram