
KEPUTUSAN jaguh badminton negara, Lee Zii Jia untuk menarik diri daripada aksi di Kejohanan Asia (BAC) 2025 akibat kecederaan menerima respons daripada pelbagai pihak.
Penyokong turut mengharapkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hadir memberi sokongan kepada pemain perseorangan berkenaan bagi memberi sebarang bentuk sokongan diperlukan.
Bagaimanapun, bagi menterinya, Hannah Yeoh, pihaknya mempunyai perancangan untuk bertemu pemain tersebut, namun bukanlah berhubung kecederaan dialami tetapi sebaliknya berkaitan program Road To Gold (RTG).
BACA LAGI: Masa tak banyak, Lee Zii Jia cuma ada Orleans Masters 'asah raket' sebelum All England
BACA LAGI: Zii Jia cedera, Jun Hao pikul tanggungjawab besar sepanjang BAMTC
Hannah Yeoh mahu bertemu Zii Jia bagi membincangkan program RTG.
"Saya rasa kecederaan dalam kalangan atlet memang perkara biasa, terutama dalam apa jua pertandingan. Memang saya ada pertemuan tertangguh dengan Zii Jia untuk bincang mengenai program RTG (Road to Gold) tetapi bukan atas sebab kecederaan ini.
"Kita semua tahu jadual atlet badminton sentiasa ada kejohanan, jadi agak susah nak jumpa. Keputusan ini saya rasa atlet dan jurulatih sendiri lebih mengetahui mengenai perkara tersebut, jadi saya beri mereka ruang untuk tentukan," katanya.
Hannah berkata demikian ketika ditemui media semasa Majlis Aspirasi Rakan Yakeb (Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan) di Bangi, Selangor dengan turut disertai Pengerusi Yakeb, Datuk Ahmad Shapawi Ismail pada Selasa.
Terdahulu, Zii Jia mengumumkan pengunduran diri dari kejohanan yang dijadualkan pada April depan yang turut menyaksikannya sudah menarik diri daripada beberapa kejohanan lain sepanjang tahun ini.
Isu kecederaan berulang itu dikhuatiri akan meranapkan prestasinya, namun kedudukannya dalam ranking dunia tidak akan terkesan selepas Persatuan Badminton Dunia (BWF) memberikan 'ranking protection' buatnya selama tiga bulan — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram