
SELAIN daripada jumlah trofi yang dimenangi, kedudukan nombor satu dalam ranking dunia turut menjadi idaman semua pemain badminton.
Ia memberikan simbol kecemerlangan dan tanda penguasaan seseorang pemain itu terhadap seteru-seterunya menjadikannya yang terbaik dalam kalangan terbaik.
Dunia badminton pernah menyaksikan beberapa pemain menguasai carta ranking dunia dengan begitu lama hingga sukar digugat.
BACA LAGI: Lin Dan, ahli gandingan beregu emas negara antara bintang kidal badminton terhebat dunia
BACA LAGI: Dihantui rekod buruk di All England, duo Man-Tee sudah tahu tangani tekanan
Lin Dan
Satu nama yang mesti ada di dalam senarai sudah pastinya legenda badminton China iaitu Lin Dan.
Pemain kidal ini sudah memenangi kesemuanya dalam badminton. Pingat emas Sukan Olimpik, gelaran Kejuaraan Dunia, All England, dan pelbagai lagi kejuaraan utama.
Lin Dan meraih lebih 200 gelaran utama dalam kariernya.
Dari segi ranking, Lin Dan pernah menduduki tempat pertama di dunia selama 218 minggu sambil berjaya merangkul 256 gelaran major.
Ia meletakkan pemain China itu sebagai pemain perseorangan lelaki kedua paling lama pernah menduduki kedudukan pertama dunia.
Datuk Lee Chong Wei
Legenda badminton negara kita juga pernah menjadi penguasa kepada kedudukan pertama dunia dalam ranking badminton.
Merupakan seteru Lin Dan, Datuk Lee Chong Wei turut mempunyai pelbagai gelaran yang dimenanginya sepanjang karier seperti Terbuka Malaysia, All England dan Jelajah Dunia Akhir.
Chong Wei pernah berada di kedudukan pertama dunia selama tujuh tahun.
Dalam kariernya, Chong Wei pernah menduduki ranking pertama dunia selama 395 minggu dan jumlah itu menyamai selama 7.5 tahun!
Sebagai rekod, Chong Wei merupakan satu-satunya pemain yang pernah menduduki ranking pertama dunia melebihi 300 minggu.
Viktor Axelsen
Salah satu daripada pemain yang masih aktif yang dalam dunia badminton dan berada pada puncak kariernya sekarang iaitu Viktor Axelsen.
Jaguh dari Denmark ini merupakan lawan yang cukup sukar bagi mana-mana pemain termasuklah Lee Zii Jia, Jonatan Christie serta Li Shi Feng.
Axelsen merupakan jaguh semasa badminton dunia.
Dalam kariernya, Axelsen mencatatkan selama 182 minggu menduduki tangga pertama dalam ranking dunia. Ia menjadikan dia pemain ketiga paling lama pernah menduduki tempat tersebut.
Dengan Axelsen masih lagi aktif, dia berpeluang untuk melebarkan rekod tersebut dan mungkin dapat memintas Lin Dan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram