[VIDEO] 'Terima kasih orang baik', tindakan lelaki India alihkan plat besi di tengah lebuh raya raih pujian


  • Tular
  • Rabu, 12 Mac 2025

Tangkap layar seorang lelaki sanggup mengambil risiko dengan menyeberangi jalan yang sesak dengan kenderaan hanya kerana mahu mengalihkan sebatang besi yang berada di tengah lebuh raya.

DEMI keselamatan para pengguna jalan raya yang lain, seorang pemandu berbangsa India sanggup mengambil risiko dengan menyeberangi jalan yang sesak dengan kenderaan hanya kerana mahu mengalihkan sebatang besi yang berada di tengah lebuh raya.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku berhampiran restoran jejantas Sungai Buloh di Lebuh Raya Utara Selatan menghala Kuala Lumpur dirakam oleh orang awam yang berada di salah sebuah restoran di lokasi berkenaan.

Video berkenaan kemudiannya dimuat naik semula di laman media sosial pada Selasa.

BACA LAGI: [VIDEO] Warga emas meninggal ketika main badminton di Alor Setar, anak sempat nasihat ayah supaya berehat dulu sebelum kejadian

BACA LAGI: Senasib syiling, not kertas RM1 dianggap tiada nilai jadi duit raya, generasi muda lebih suka terima 'e-Wallet'

Melalui video yang dikongsikan memaparkan, pemandu berbangsa India berkenaan sanggup memberhentikan keretanya di bahu jalan semata mata untuk mengambil plat besi yang berada di tengah lebuh raya itu yang mungkin membahayakan nyawa pengguna jalan raya.

Dia kemudianya dilihat meletakkan plat besi tersebut di tempat yang lebih selamat.

Turut kedengaran suara si perakam yang mengucapkan terima kasih atas tindakan mulia pemandu berbangsa India tersebut.

Tindakan murni lelaki berkenaan telah mendapat perhatian dari warga Facebook yang memuji tindakan lelaki terbabit.

"Terima kasih orang baik," tulis Pendekar Maya.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook Alex Ti pula menasihatkan pemandu berkenaan untuk lebih berhati-hati di masa hadapan.

"Satu tindakan yang mulia tetapi perlu lebih berhati-hati. Tindakan beliau sangat berbahaya sebenarnya.

"Tetapi apa pun, ini adalah satu contoh yang baik. Bayangkan kalau dia tak alihkan, sudah tentu ramai yang 'sangkut' dalam kesesakan lalu lintas. Terima kasih saudara," katanya.

Perkongsian video terbabit, kini mendapat 916 tanda suka dan juga lebih 100,000 jumlah tontonan dari laman sosial berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram