
BEKAS kapten Kedah Darul Aman FC, Sony Norde dilihat meluangkan masa bertemu rakan sepasukannya ketika masih beraksi bersama Sang Kenari.
Pemain kelahiran Haiti yang meninggalkan pasukan Utara tanah air hujung musim lalu, dilihat sempat mengunjungi gerai jualan Akmal Zahir di Kampung Majapahit, Pendang, Kedah.
Meskipun tempoh bersama Hijau Kuning singkat, Norde dikenali sebagai seorang yang akrab dengan rakan-rakannya, bukan sahaja di Kedah, tetapi juga ketika beraksi bersama Melaka United dan Terengganu FC.
BACA LAGI: Masih tunggu kelulusan, 3 import lebih awal tunjuk cinta buat Malaysia
Sony Norde (depan, kiri) ketika masih menyarung jersi Hijau Kuning.
Menerusi satu hantaran di laman Instagram peribadinya, Sony Norde menarik perhatian penyokong bola sepak tempatan dengan kapsyen ringkas tetapi penuh makna.
Pemain berketinggian 1.70 meter itu menulis, ‘We are family’, menzahirkan keakraban dan hubungan eratnya dengan bekas rakan sepasukan.
Kapsyen tersebut mencerminkan ikatan persahabatan yang masih utuh walaupun dia tidak lagi bersama Sang Kenari.
Di samping itu, hubungannya dengan Akmal Rizal juga cukup erat sejak mereka bermain bersama di Melaka United dari 2020 hingga 2022.
Walaupun kini beraksi bersama Malut United di Liga Indonesia, kehadiran Norde membuktikan bahawa dia masih menghargai persahabatan yang terjalin.
Turut hadir memberi sokongan kepada jualan Akmal Zahir ialah rakan sepasukan di Kedah iaitu Fayadh Zulkifli dan Loqman Hakim. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram