
BEBERAPA pemain import Liga Malaysia (Liga M) mungkin belum dinaturalisasikan sebagai warganegara Malaysia, namun mereka tetap menunjukkan kecintaan dan komitmen terhadap negara ini.
Walaupun masih menunggu kelulusan kewarganegaraan, mereka terus setia beraksi dengan kelab tempatan malah ada yang memilih untuk berkahwin dengan gadis tempatan.
Keputusan itu jelas menggambarkan kesetiaan mereka terhadap Malaysia, bukan sahaja di atas padang tetapi juga dalam kehidupan peribadi.
BACA LAGI: Sanggupnya menteri, persatuan bantu pemain KDA menjelang sambutan Aidilfitri undang sebak
BACA LAGI: 'Nak beli baju raya anak bini', penyerang kelab Lembah Klang kesal gaji sangkut 9 bulan
Cinta beberapa pemain berkenaan terhadap tanah air dapat dilihat menerusi keputusan yang diambil membuktikan hubungan mereka dengan Malaysia lebih daripada sekadar bola sepak.
Oleh itu, Majoriti menyenaraikan tiga pemain import yang berpotensi menjadi aset penting dalam memperkukuh Harimau Malaya sekiranya mereka berjaya dinaturalisasikan.
Hantaran pemain berusia 31 tahun itu memberi petunjuk bahawa dia semakin hampir untuk menyarung jersi Harimau Malaya.
1. Giancarlo Gallifuoco
Bek tengah Kuala Lumpur City FC, Giancarlo Gallifuoco mengakui dia amat bersyukur kerana memilih berhijrah ke Malaysia.
Sejak menyertai The City Boys pada 2021, Gallifuoco menikmati pengalaman berharga bersama pasukan itu.
Kehadirannya berjaya membantu KL City muncul juara Piala Malaysia 2021, mara ke final Piala AFC 2022 dan Piala FA 2023.
Dengan komitmennya terhadap kelab, Gallifuoco semakin hampir untuk menyarung jersi Harimau Malaya seperti yang pernah dikaitkan dalam perbincangan mengenai skuad kebangsaan.
Saat-saat bahagia Redzovic ketika diijab kabulkan bersama isterinya, Nurrafiana Azman pada Ogos 2019. — Agensi/La Bola Malaya
2. Argzim Redzovic
Pemain pertahanan kelahiran Montenegro, Argzim Redzovic yang telah beraksi selama lima musim dalam Liga M juga merupakan calon yang berpotensi untuk menyarung jersi Harimau Malaya.
Berdasarkan rekod, pemain pertahanan tengah itu mula beraksi dalam saingan Liga M pada 2018 dengan menyarung jersi PDRM sebelum berhijrah ke Terengganu pada tahun 2020 sehingga kini.
Selain berkahwin dengan gadis kelahiran Cameron Highlands, Pahang, bekas pemain kebangsaan Montenegro Bawah 19 tahun itu hampir lapan tahun beraksi dalam Liga M.
Import Kuching City, Yuki Tanigawa memilih wanita tempatan sebagai isterinya.
3. Yuki Tanigawa
Pertahanan tengah Kuching City, Yuki Tanigawa boleh dianggap sebagai calon sesuai untuk dinaturalisasikan bagi mewakili pasukan kebangsaan pada masa depan.
Tanigawa memulakan perjalanan bola sepaknya di Liga M pada 2020 sebelum kembali ke Kyoto Sangyo dan beralih ke Kelantan United.
Namun, sejak musim 2023, bek tengah kelahiran Jepun itu kembali menyarung jersi Kuching City selepas ditawarkan kontrak jangka panjang.
Selain itu, Tanigawa juga memilih wanita tempatan sebagai pasangan hidup yang menambah keakrabannya dengan Malaysia.
Kehadiran pemain import dari Jepun itu merupakan elemen positif terutama dari segi kualiti yang dimilikinya untuk memperkukuh pasukan Harimau Malaya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram