
PERANAN Syamer Kutty Abba dalam skuad kebangsaan mungkin berubah, namun dia sudah cukup bersedia untuk menggalas tanggungjawab tersebut.
Syamer kebiasaannya menjalankan tugas berat di bahagian tengah, namun berdasarkan empat sesi latihan terakhir, dia berkemungkinan beraksi sebagai pertahanan tengah kali ini.
Skuad kendalian Peter Cklamovski kini sedang menjalani persiapan bagi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Selasa ini.
BACA LAGI: Bakal bimbing kelab Vietnam, fans Sang Penyu gusar Ivan Mamut mungkin ikut jejak Steinbruckner
BACA LAGI: Masih tunggu kelulusan, 3 import lebih awal tunjuk cinta buat Malaysia
Syamer Kutty dijangka bakal menggalas tugas sebagai pertahanan tengah. — Facebook/MalaysiaNT
Pemain kelahiran Pulau Pinang itu merupakan tonggak utama di bahagian tengah bertahan dengan 42 penampilan bersama Harimau Malaya.
Pada usia 27 tahun, Syamer menegaskan kesediaannya untuk beraksi di mana-mana posisi selagi ia seiring dengan perancangan jurulatih Cklamovski.
“Mungkin akan ada perubahan. Saya sudah biasa bermain dalam dua hingga tiga posisi sejak memulakan karier. Ini memberi pilihan kepada jurulatih dalam menyusun strategi pasukan.
“Saya diarahkan beraksi sebagai pemain tengah dan pertahanan tengah dalam sesi latihan, jadi saya hanya berusaha keras untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama,” katanya.
Menggalas peranan sebagai pertahanan tengah adalah cabaran baharu, namun Syamer yakin keupayaan defensifnya mampu memberi sumbangan kepada pasukan.
Syamer yang juga pemain pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) itu juga teruja menghadapi cabaran memenuhi standard tinggi yang ditetapkan oleh Cklamovski dalam sesi latihan.
“Setiap jurulatih mempunyai pendekatan berbeza. Coach Cklamovski menetapkan standard yang tinggi dan kami dapat merasakannya.
“Pengalaman saya bersama JDT banyak membantu. Mereka adalah kelab contoh dan telah membentuk saya menjadi pemain hari ini.
“Bersama Penang, saya mendapat lebih banyak minit permainan dan kini lebih yakin,” tambahnya. — The Star/T.AVINEHSWARAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram