Bakal bimbing kelab Vietnam, fans Sang Penyu gusar Ivan Mamut mungkin ikut jejak Steinbruckner


  • Podium
  • Sabtu, 22 Mac 2025

Ivan Mamut sebelum ini mengalami kecederaan tendon Achilles dan menjalani pemulihan selama hampir setahun.

BEKAS pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner kembali mewarnai kancah bola sepak Asia Tenggara selepas dilaporkan menerima tawaran daripada kelab Vietnam, Dong A Thanh Hoa.

Menurut hantaran yang dikongsikan ASEAN FOOTBALL, jurulatih kelahiran Croatia berusia 58 tahun itu dijangka diperkenalkan secara rasmi sebagai pengendali baharu Thanh Hoa pada minggu hadapan.

“Thanh Hoa lantik Jurulatih Croatia, Tomislav Steinbruckner sebagai Ketua Jurulatih baharu,” tulisnya pada Sabtu.

BACA LAGI: Masih tunggu kelulusan, 3 import lebih awal tunjuk cinta buat Malaysia

BACA LAGI: 'Welcome to...', nama kelab Lembah Klang dicanang destinasi Aidil Sharin

Difahamkan, Steinbrukcner telah menandatangani kontrak sehingga akhir musim 2024/25.

Antara tugas utama Steinbruckner adalah mengakhiri kemarau kemenangan Thanh Hoa, yang gagal mencatat sebarang kemenangan dalam 11 perlawanan terakhir di semua kejohanan. Kali terakhir pasukan itu menang ialah pada 20 November 2024.

Bekas pengendali Sang Penyu, Steinbruckner kini dilaporkan mengendali kelab Vietnam.

Steinbruckner bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan jurulatih sebelumnya yang pernah mewarnai Liga Malaysia (Liga M), Velizar Popov.

Namun, berita mengenai pelantikan Steinbruckner sebagai pengendali kelab Vietnam itu menarik perhatian penyokong Sang Penyu, yang bimbang pasukan mereka bakal kehilangan tonggak utama.

Kebimbangan utama penyokong adalah kemungkinan penyerang berbisa, Ivan Mamut mengikuti jejak bekas jurulatihnya itu.

Spekulasi ini semakin kuat memandangkan Mamut belum lagi beraksi bersama Terengganu akibat masalah kecederaan.

Jadi, tidak mustahil sekiranya Ivan Mamut memilih untuk menyertai Steinbruckner dan beraksi di Liga Vietnam.

“Ivan Mamut on the way,” kata Po Gie, ringkas. 

“Tak mustahil Ivan Mamut akan tinggalkan Terengganu, mesti Tomi nak angkut sekali,” kata Ariff Humaidi.

“Ivan Mamut is watching, member mesti nak join juga bekas coach,” kata Aiman Zahir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram