
PERLAWANAN akhir Piala Malaysia 2024 yang awalnya dijadualkan pada 12 April 2024 dikatakan kembali ke tarikh asal iaitu 26 April 2024.
Perubahan itu dikongsikan oleh pemerhati sukan tanah air pada pagi Khamis dalam satu hantaran di media sosial tetapi dia memadamkan status tersebut tidak lama kemudian.
Sebelum ini, aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur dijadualkan pada 26 April 2024.
BACA LAGI: 'Beri ruang kepada JDT hadapi cabaran ACLE', aksi final Piala Malaysia pada 12 April
BACA LAGI: Jadi wira kelab Thailand, striker muda HM lebih wajar dipanggil berbanding Sumareh
Perlawanan akhir Piala Malaysia dipercayai kini kembali ke tarikh asal, iaitu 26 Mac 2024. — Facebook/JST
Kemudian, badan induk bola sepak tanah air itu mengumumkan bahawa final piala berprestij itu diubah kepada 12 April 2024.
Penetapan tarikh tersebut dibuat selepas mempertimbangkan kalendar Liga Malaysia 2024/2025 serta penglibatan JDT dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elite (ACLE).
JDT sebelum ini dijadualkan beraksi di pusingan 16 terbaik ACLE bertemu Buriram United FC pada 4 Mac diikuti aksi timbal balik pada 11 Mac.
Sekiranya berjaya ke pusingan suku akhir, aksi tersebut dijangka berlangsung pada 25 April 2025.
Namun, impian skuad Harimau Selatan untuk mara ke suku akhir ACLE musnah selepas tewas tipis 0-1 kepada jaguh Thailand pada aksi timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor.
Jaringan tunggal Suphanat Mueanta pada minit ke-58 menyingkirkan JDT dari saingan tersebut sekali gus menamatkan harapan mereka untuk melangkah lebih jauh.
Perlawanan akhir itu dijangka menyaksikan pertembungan sengit antara dua pasukan gergasi, JDT dan Sri Pahang FC yang pastinya akan menarik perhatian peminat bola sepak di seluruh negara.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada tarikh final itu benar-benar diubah kerana kedua-dua kelab melalui laman Facebook mereka pada Khamis telah mula menjual tiket untuk aksi final yang dijadualkan pada 12 April.
Dalam perkembangan lain, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan bahawa tarikh baharu perlawanan akhir Piala Malaysia 2024-2025 telah ditetapkan pada 26 April 2025 di SNBJ pada pukul 9.00 malam.
Berdasarkan pengumuman MFL sebelum ini, final edisi ke-98 itu pada awalnya dijadual berlangsung pada 12 April 2025 namun pertimbangan semula terpaksa dibuat selepas pengelola bola sepak domestik itu mendapat permohonan rasmi daripada Sri Pahang FC serta persetujuan bersama JDT).
Daripada maklum balas yang diterima daripada pasukan finalis itu mendapati, kebanyakan penyokong mengharapkan agar tarikh perlawanan akhir Piala Malaysia dapat dianjak ke tarikh baharu untuk membolehkan mereka merancang perjalanan ke SNBJ.
"Ini berikutan kekangan penyokong kedua-dua pasukan untuk mendapatkan tiket memandangkan tarikh asal yang masih di tempoh awal perayaan Hari Raya Aidilfitri.
"Justeru MFL berharap, dengan tarikh baharu ini membolehkan urusan penjualan tiket final yang dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan finalis dapat disusun dengan lebih baik untuk memastikan kehadiran penyokong JDT dan Sri Pahang FC sekali gus menggamatkan pentas final itu nanti," kata MFL dalam kenyataan pada Khamis. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram