
KEHADIRAN Hector Hevel dan dua lagi pemain warisan dalam skuad Harimau Malaya tidak menjamin tempat dalam kesebelasan utama pasukan.
Sebaliknya, kehadiran mereka hanya menambah pilihan buat Ketua Jurulatih, Peter Cklamovski dalam menentukan barisan terbaik menjelang perlawanan pertama Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal pada 23 Mac nanti.
Menerusi hantaran di Instagram palatao_bola, meskipun skuad kebangsaan memiliki tiga pemain warisan baharu, kehadiran mereka belum menjamin peluang untuk beraksi dalam perlawanan akan datang.
BACA LAGI: Andai sah dibubar, 3 bintang Tok Gajah wajib disambar musim depan
BACA LAGI: 'Malas bising-bising', TMJ sahkan Hector Hevel bintang warisan HM
Persaingan di bahagian tengah Harimau Malaya dijangka berlaku dengan kehadiran Hevel.
“Tiada jaminan Hector Hevel terus ke dalam kesebelasan utama pasukan.
“Kehadiran Hevel dan dua pemain warisan baharu lawan Nepal hanya untuk tambah pilihan Peter Cklamovski.
“Daripada 30 pemain, hanya 23 pemain akan didaftar pada hari perlawanan, Afiq Fazail, Endrick dos Santos dan Stuart Wilkin antara persaingan di central midfielder, tidak akan dilupakan Nazmi Faiz dan Safawi Rasid,” tulisnya.
Dengan 30 pemain dipanggil ke kem latihan, hanya 23 pemain akan didaftarkan pada hari perlawanan, menjadikan persaingan untuk merebut tempat semakin sengit, terutamanya di bahagian tengah.
Afiq Fazail, Endrick dos Santos dan Stuart Wilkin antara pemain yang bakal bersaing di posisi central midfielder.
Manakala, Nazmi Faiz serta Safawi Rasid juga tidak boleh diketepikan dalam perebutan tempat di bahagian tengah pasukan.
Persaingan itu dijangka memberi cabaran kepada Cklamovski dalam menentukan kesebelasan terbaik, namun pada masa yang sama membuka lebih banyak pilihan taktikal untuk Harimau Malaya menghadapi perlawanan penting. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram