Projek Harimau Malaya bukan konsep 'mee segera' — Rob Friend


  • Podium
  • Sabtu, 15 Mac 2025

Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend. — Facebook/FAM

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend menegaskan bahawa pembangunan pasukan kebangsaan bukanlah satu proses yang boleh dicapai dalam sekelip mata sebaliknya memerlukan masa dan perancangan rapi.

Friend mengakui bahawa projek tersebut bukan berkonsepkan ‘mee segera’, sebaliknya satu usaha jangka panjang yang memerlukan komitmen serta kesabaran untuk menuai hasil.

Perkara tersebut dikongsikan oleh pemerhati sukan tanah air, Zulhelmi Zainal Azam di laman X pada Sabtu.

BACA LAGI: Andai sah dibubar, 3 bintang Tok Gajah wajib disambar musim depan

BACA LAGI: Malas bising-bising', TMJ sahkan Hector Hevel bintang warisan HM

“Kota Rom tidak dibina dalam masa sehari, CEO Harimau Malaya Rob Friend akui projek Harimau Malaya bukan konsep ‘mee segera’, perlukan masa untuk tuai hasil,” tulisnya.

Di samping itu, Friend turut menekankan kepentingan pembangunan bakat muda, struktur pasukan yang mantap serta pendekatan profesional dalam memastikan Harimau Malaya terus bersaing di peringkat tertinggi.

Dia percaya dengan perancangan yang teliti dan sokongan berterusan, pasukan kebangsaan mampu mencapai kejayaan yang diidamkan oleh seluruh peminat bola sepak negara.

Baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan seramai 27 pemain yang dipanggil untuk ke kem pusat latihan Harimau Malaya bagi menghadapi perlawanan pertama Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 25 Mac 2025.

Skuad Harimau Malaya diletakkan dalam Kumpulan F bersama Vietnam, Laos dan Nepal dengan hanya juara kumpulan yang akan mara ke pusingan akhir di Arab Saudi pada dua tahun lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram