Jadi wira kelab Thailand, striker muda HM lebih wajar dipanggil berbanding Sumareh


  • Podium
  • Sabtu, 15 Mac 2025

Sebahagian aksi menarik yang ditampilkan oleh Nakhon Pathum dalam menewaskan Uthai Thani.

PENYERANG muda Harimau Malaya, Fergus Tierney akhirnya mencatat nama sebagai penjaring bersama Nakhon Pathom United selepas menjaringkan gol pertamanya dalam saingan Thai League 1.

Tierney, 21, yang menyertai kelab itu pada Januari lalu, membalas kepercayaan jurulatih Thongchai Sukkoki dengan meletakkan pasukannya di hadapan ketika menentang Uthai Thani.

Gol sulungnya hadir pada minit ke-60 selepas menyempurnakan hantaran Valdo, menewaskan penjaga gol lawan, Boonyakiat Wongsajam.

BACA LAGI: Andai sah dibubar, 3 bintang Tok Gajah wajib disambar musim depan

BACA LAGI: Hector Hevel hadapi saingan 3 'midfielder'JDT terajui barisan tengah Harimau Malaya

Tierney mencetak gol penting buat Nakhon Pathom United.

Jaringan tersebut dijangka menjadi suntikan semangat buat Tierney dalam usahanya merebut tempat dalam kesebelasan utama The King Tigers.

Sejak menyertai kelab itu, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu telah merekodkan sembilan penampilan dan satu gol.

Selain Tierney, seorang lagi pemain muda Malaysia, Muhammad Abu Khalil, turut bersama skuad Nakhon Pathom United musim ini.

Susulan prestasi cemerlangnya, ramai penyokong berpendapat Tierney lebih layak menyarung jersi skuad kebangsaan bagi perlawanan pertama Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada 25 Mac nanti.

Sebelum ini, pemain naturalisasi kebangsaan, Mohamadou Sumareh menerima kritikan hebat daripada penyokong bola sepak tempatan kerana turut tersenarai dalam 27 pemain yang akan beraksi bersama Harimau Malaya.

Hal ini kerana kali terakhir Sumareh beraksi secara kompetitif adalah bersama Sri Pahang FC pada 2020.

Oleh itu, ramai penyokong tanah air merasakan Tierney lebih sesuai kerana kelincahannya di atas padang.

“Dia ini sudah boleh dapat call up, ganding dengan pemain pengalaman, confirm padu, jangka masa panjang boleh pakai,” kata Atsan Madison.

“Tierney ini rajin, patut dapat call up dari Harimau Malaya, ganti Sumareh,” kata Faiz Fizzy.

“Tierney lebih layak daripada Sumareh dapat call up, padu pun padu,” kata Shaffiq Sani.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram