'Sayang kapten jadi punca’, fans geram The Jang gagal curi 3 mata di Selayang


  • Podium
  • Ahad, 16 Mac 2025

Sebahagian aksi menarik yang dipamerkan oleh penjaga gol The Cops dalam memastikan pintu gawang mereka tidak dibolosi.

NEGERI Sembilan FC (NSFC) terpaksa menelan pahit selepas tewas 1-2 di tangan PDRM FC dalam saingan Liga Super 2024 pada Sabtu.

Meskipun skuad Jang terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ketujuh dalam aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor, nasib nyata lebih berpihak kepada PDRM FC.

Penyerang The Cops, Bruno Suzuki menjadi watak utama dalam memastikan kemenangan pasukannya apabila berjaya menyempurnakan dua sepakan penalti, menewaskan penjaga gol NSFC, Aqil Abdul Razak.

BACA LAGI: Hector Hevel hadapi saingan 3 'midfielder'JDT terajui barisan tengah Harimau Malaya

BACA LAGI: 'Malas bising-bising', TMJ sahkan Hector Hevel bintang warisan HM

Kekalahan itu pastinya satu tamparan buat NSFC yang berusaha mengekalkan momentum mereka dalam saingan liga.

Dengan prestasi cemerlang itu,  PDRM berjaya membawa pulang tiga mata penuh hasil persembahan bertenaga mereka meskipun terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain.

Susulan kekalahan itu, ramai penyokong skuad Jang mula menuding jari kepada kapten pasukan, Nasrullah Haniff yang dianggap gagal mengawal barisan pertahanan dengan baik.

Mereka berpendapat bahawa kelemahannya dalam mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya menjadi punca utama kepada kekalahan NSFC.

“Masuk saja jersi 17, terus huru-hara jadi pertahanan, clearance bola pun tak pandai,” kata Noor Asmadi Osman.

“Kapten punca, main macam budak sekolah,jadi kucar-kacir game,” kata Mohd Farouk Farouk.

“Kapten tapi masuk saja jadi punca, kapten tak boleh pakai musim ini,” kata Mohd Amir.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram