
PENYOKONG Selangor FC berharap pihak pengurusan dapat mengekalkan pemain import Croatia, Nikola Jambor meskipun baru menyertai Gergasi Merah pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia pada September tahun lalu.
Pemain berusia 29 tahun itu, mempamerkan aksi yang sangat baik ketika diberikan kepercayaan untuk mengawal bahagian tengah Selangor.
Jambor yang mempunyai pengalaman luas di Eropah dilihat tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan Liga Malaysia meskipun baru pertama kali beraksi di rantau Asia Tenggara.
BACA LAGI: Empat bintang 'semi-finalist' ACL 2, wajar jadi pilihan Selangor FC musim depan
BACA LAGI: Gagal bawa pulang 3 mata, Jimmy Reymond leburkan 14 rekod tanpa kalah Selangor di Kuching
Rata-rata penyokong mahu barisan kejurulatihan Katsuhito Kinoshi terus mengekalkan khidmat pemain berketinggian 1.90 meter itu musim depan.
Menurut Helmy Helmi, Jambor wajar dikekalkan keranan merupakan pemain yang serba boleh untuk mengisi kekosongan di barisan pertahanan.
"Pemain 'versatile', bagi aku wajar untuk dia kekal. Bermain di (posisi) bek tengah dan tengah bertahan cukup bagus.
"Kalau perasan gaya permainan Jambor bila main tengah bertahan sama dengan Alex (Agyarkwa), cumanya beza Jambor bagus dalam fizikal manakala Alex dengan kawalan bola di kaki, kalau bab hantaran dua-dua bagus," katanya.
Bersetuju dengan pandangan Helmy Helmi, Jeff Hass juga berpendapat bekas pemain Moreirense FC itu juga mempunyai kelebihan serba boleh di atas padang.
"Dia (Jambor) elok dikekalkan, nampak versatil sebab banyak posisi dia boleh main. Umur masih 29 tahun, dianggap muda," ujarnya.
Manakala, Emeir Cool pula berpendapat Jambor lebih baik daripada pertahanan Selangor, Shahrul Nazeem.
"Dia lebih bagus daripada Afro (Shahrul)," jelasnya.
Ini kerana orang ramai masih tidak berpuas hati dengan kesilapan dilakukan pemain muda itu ketika Selangor tumpas di tangan Kuching City FC pada Jumaat lalu.
Kesilapan Shahrul yang membuat 'loose marking' terhadap pemain lawan telah menyebabkan jaringan pertama dijaringkan oleh Ramadhan Saifullah.
Keputusan perlawanan berakhir 1-2 dengan Selangor gagal mempertahankan rekod 14 perlawanan tanpa kalah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram