[VIDEO] Mahu bawa masuk import lebih muda, ex PSG boleh penuhi hajat JDT


  • Podium
  • Ahad, 16 Mac 2025

Augustin pernah menyertai RB Leipzig yang mana dia sempat menjaringkan 20 gol buat pasukan itu.

PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mensasarkan pasukannya itu bakal dipenuhi dengan kelompok pemain-pemain import lebih muda pada musim depan.

Ia selepas melihat JDT musim ini cenderung membawa masuk pemain berusia kerana mahu membantu Harimau Selatan mara lebih jauh dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Perkara itu disampaikan Tunku Ismail ketika sesi soal jawab bersama penyokong-penyokong JDT selepas Harimau Selatan tewas di tangan Buriram United dalam aksi pusingan ke-16 ACLE dengan keputusan 0-1 pada 11 Mac lalu.

BACA LAGI: Ada import Jepun musim depan, 3 pemain mungkin ikut Kinoshi sertai Selangor FC

BACA LAGI: Bekas peledak Port FC antara 3 pemain Brazil boleh ganti Ronnie Fernandez musim depan?

Dengan JDT lebih cenderung membawa masuk pemain import berusia bawah 30 tahun musim depan, adakah bekas penyerang Paris Saint-Germain (PSG) antara calon sesuai untuk memperkuatkan Harimau Selatan?

Pemain dimaksudkan ialah Jean-Kevin Augustin yang baru berusia 28 tahun dan mempunyai pengalaman luas di Eropah.

Kelab terakhir diwakili oleh Augustin ialah FC Basel di Switzerland sebelum dilepaskan selepas beraksi sebanyak 51 perlawanan bersama kelab itu.

 

 

Musim terbaik Augustin di Eropah ketika mewakili PSG B yang mana dia menjaringkan 22 gol dalam 38 penampilan sebelum dinaikkan pangkat ke skuad utama pada 2015.

Gagal mendapat minit permainan bersama skuad utama, Augustin disunting oleh kelab gergasi Jerman, RB Leipzig yang mana dia sempat menjaringkan 20 gol buat pasukan itu.

Pada 2019, Augustin kembali ke Perancis untuk menyertai AS Monaco sebelum dia berpindah randah ke beberapa kelab sekitar Eropah.

Antaranya ialah Leeds United (England), FC Nantes (Perancis) dan FC Basel kelab terakhirnya sebelum tersenarai sebagai ejen bebas.

Dengan banyak kritikan terus dilemparkan terhadap Jorge Obregon, adakah Augustin boleh menjadi penyerang disegani dalam Liga Malaysia dengan sentuhan Tunku Ismail di JDT?

Augustin juga boleh memberikan manfaat kepada JDT dan bola sepak Malaysia jika berjaya dinaturalisasikan kerana umurnya yang belum lanjut usia.

Apa-apa pun, perancangan yang dibuat JDT pada musim depan pastinya lebih kuat selepas Tunku Ismail menyatakan sasaran realistiknya di ACLE ialah melihat pasukan layak ke pentas suku akhir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram