
KEHADIRAN pemain naturalisasi kebangsaan, Mohamadou Sumareh dalam senarai 27 pemain yang disenaraikan oleh Peter Cklamovski ternyata menerima kritikan seluruh penyokong bola sepak tempatan.
Manakan tidak kali terakhir Sumareh beraksi secara kompetitf ialah ketika bersama Sri Pahang FC pada 2020.
Bersama JDT, Sumareh banyak memanaskan bangku simpanan selepas gagal bersaing secara sihat dengan Safawi Rasid dan Arif Aiman Hanapi.
BACA LAGI: Pemain Sabah FK bakal perkuat Harimau Malaya minggu depan?
BACA LAGI: Bekas peledak Port FC antara 3 pemain Brazil boleh ganti Ronnie Fernandez musim depan?
Menurut pandangan Football Agent - Malaysia, mereka merasakan Darren Lok lebih layak untuk berada dalam skuad kebangsaan bertemu Nepal berbanding Sumareh.
"Walaupun sering kali kami mengkritik Darren Lok, lebih bagus memanggil beliau berbanding Sumareh."
Dalam ruangan komen Football Agent - Malaysia mengenai hantaran itu, rata-ratanya tidak memilih Darren tetapi mahu melihat Fergus Tierney dan pemain lain disenaraikan sebagai pendedahan awal kerana usia yang masih muda.
"Fergus Tierney lagi okay, bagi pendedahan untuk pemain muda," komen Iris Mikael.
"Baik pilih Fergus, muda lagi," ujar Rief Salim.
"Baik ambil Ryan Lambert minit ada, walaupun berlainan posisi atau pun Ibrahim Sanusi, kali ini boleh dimaafkan untuk coach sebab belum mengenali pemain," kata Ngopi Surya.
Untuk dibandingkan rekod Sumareh dan Darren musim ini tidak dinafikan pemain warisan England-Malaysia itu mempunyai lebih banyak minit permainan berbanding pemain sayap JDT tersebut.
Akan tetapi, Cklamovski pastinya mempunyai perancangan tersendiri untuk menggunakan Sumareh dalam perlawanan kali ini.
Selain Sumareh, beberapa pemain baharu seperti Faisal Halim, Nazmi Faiz, Shahrul Saad dan Quentin Cheng turut dipanggil semula untuk memperkuatkan Harimau Malaya.— Majoriti
Follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram