Pemain Sabah FK bakal perkuat Harimau Malaya minggu depan?


  • Podium
  • Khamis, 13 Mac 2025

Irazabal (kanan) boleh beraksi sebagai bek tengah jika khidmatnya diperlukan.

PEMAIN pertahanan Sabah FK, Jon Irazabal mula menjadi sebutan dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia.

Ini kerana menurut wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, Irazabal merupakan salah seorang daripada tiga pemain warisan yang dilaporkan bakal memperkuat skuad Harimau Malaya.

Bek kiri berusia 28 tahun itu dilaporkan bakal menyertai hari pertama latihan Harimau Malaya pada 17 Mac ini.

BACA LAGI: 'Faisal okey, tapi Sumareh bila last main bola?'  

BACA LAGI: Cklamovski kongsi sebab panggil Faisal Halim ke HM, 3 pemain warisan tiba minggu depan

 

 

“Difahamkan pemain dari Liga Azerbaijan, Sabah FK, Jon Irazabal salah seorang dari tiga pemain berdarah warisan yang bakal sertai kem latihan kebangsaan 17 Mac ini,” katanya di X.

Untuk rekod, karier Irazabal dihabiskan di Sepanyol sebelum dia menyertai Sabah FK pada 2022.

Selain mewakili kelab dari Azerbaijan itu, pemain berusia 29 tahun itu pernah beraksi untuk Amorebieta, Leioa, Eibar B dan Mirandes.

Sejak menyertai Sabah FK, Irazabal sudah merekodkan 87 penampilan, enam gol dan dua bantuan gol. Ini termasuk empat aksi kelayakan Liga Konferens UEFA (UECL).

Selain beraksi sebagai bek kiri, Irazabal juga boleh beraksi sebagai bek tengah jika khidmatnya diperlukan.

Khabar itu dijangka menambah semangat peminat Harimau Malaya untuk mengetahui identiti dua lagi pemain warisan yang akan menyertai kem pasukan itu pada 17 Mac nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram