
WALAUPUN terpaksa berdepan dengan isu kecederaan lutut yang belum pulih, ia tidak menghalang pelumba basikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom muncul juara dalam Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Turkiye pada pagi Ahad.
Memetik laporan Buletin TV3, Shah Firdaus, mencipta sensasi apabila berjaya meraih pingat emas dalam acara keirin selepas memintas pesaingnya dalam beberapa meter terakhir perlumbaan untuk muncul juara.
Dalam perlumbaan tersebut, Shah Firdaus berjaya menewaskan beberapa nama besar seperti Sebastien Vigier (Perancis) yang meraih tempat kedua dan Shinji Nakano (Jepun) di tempat ketiga.
BACA LAGI: Selain kontroversi gol ofsaid, Arif Aiman 'ayam-ayamkan' keeper Korea antara 3 momen JDT di ACL 2024
BACA LAGI: 'Sang Penyu perlu perubahan, ikut prinsip Nafuzi Zain berani pertaruh ubi muda'
Sebagai rekod, Vigier merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2020 dalam acara pecut berpasukan manakala Nakano adalah juara Kejohanan Asia yang diadakan di Nilai, Negeri Sembilan.
Pingat emas yang diraih oleh Shah Firdaus itu merupakan gelaran pertamanya dalam kejohanan anjuran badan induk berbasikal dunia itu. Ia merupakan kemenangan terbesar diraih pelumba tersebut dalam kariernya.
Sebelum ini, pelumba berusia 30 tahun itu menduduki tempat ketiga di peringkat separuh akhir sebelum mempamer aksi cemerlang untuk membawa pulang pingat emas pada perlumbaan akhir. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram