[VIDEO] 'Ada betulnya Gus Poyet', pemerhati faham kesalan coach Jeonbuk Hyundai kepada AFC


  • Podium
  • Sabtu, 15 Mac 2025

Poyet ketika meluahkan kekecewaannya dengan lokasi sidang media pra-permainan pada Rabu di Sydney, Australia.

PENGENDALI Jeounbuk Hyundai Motors iaitu Gus Poyet meluahkan kekecewaannya terhadap Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebelum aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara Asia 2 menentang Sydney FC.

Menjelang perlawanan penting menentang Sydney FC tersebut, Poyet tidak berselindung dalam menyuarakan rasa kecewa terhadap beberapa keputusan AFC dan video bantuan pengadil (VAR) yang disifatkannya tidak adil.

Bekas pemain Tottenham Hotspur itu mempersoalkan keputusan AFC yang memindahkan perlawanan pertama minggu lalu dari rumah mereka di Jeonju ke Stadium Yongin Mireu di luar Suwon selepas padang dianggap tidak boleh digunakan.

BACA LAGI: JDT mungkin terpaksa beraksi tanpa penonton angkara kes baling botol

BACA LAGI: 'Tengah on form pun tak terpilih,' fans The Cats panas hati Jimmy Raymond tercicir ‘call up’ HM

Paling menarik perhatian apabila pengendali berusia 57 tahun itu dengan beraninya memetik ibu pejabat AFC yang berlokasi di Malaysia ketika menyuarakan keputusan berat sebelah pengadil.

“Kami juga boleh bercakap tentang VAR. Saya adalah pemain yang beraksi di posisi serangan. Saya ingin menjaringkan gol, lihat penjaga garisan dan jika penjaga garisan tidak memasang bendera, ia adalah gol dan saya boleh meraikannya. Bahagian terbaik dalam permainan.

“Apa yang kita buat sekarang? Kami menunggu empat minit. Ia memalukan. Mereka mengambil bahagian terbaik dalam permainan. Orang yang duduk di suatu tempat di Malaysia atau Zurich dengan tali leher cuba memberitahu kami cara bermain bola sepak. Itu salah," katanya.

Isi hati Poyet itu menarik perhatian penyokong di rantau Asia termasuk pemerhati sukan tanah air, Afiq Rowley yang berpendapat bahawa luahan pengendali itu pastinya berdasarkan pengalaman dialaminya.

 

 

Bagaimanapun, kritikan keras yang dilempar Poyet terhadap konfederasi berkenaan dikhuatiri akan mengundang hukuman kepada jurulatih itu ataupun kelab bimbingannya iaitu Jeounbuk Hyundai.

"Oada pandangan saya, mungkin apa diluahkan oleh Poyet itu ada betulnya juga kerana beliau merupakan seorang yang berpengalaman dan menilai sendiri dari tepi padang. Namun, pandangan itu juga berlaku mungkin disebabkan emosi beliau sendiri tidak baik.

"Mungkin (berisiko dijatuhkan hukuman) kerana kritikan beliau dilihat sangat keras dan memberi imej buruk buat AFC menerusi beberapa kenyataannya. Bagaimana bentuk hukuman? Saya tidak pasti," katanya kepada Majoriti.

Dalam pada itu, Afiq berpendapat bahawa adalah tidak adil jika mutu pengadilan AFC dianggap kurang telus hanya disebabkan beberapa perlawanan sahaja seperti melibatkan wakil Korea Selatan tersebut.

 

 

Selain Jeonbuk, Johor Darul Ta'zim yang bertanding untuk aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) juga menjadi mangsa teknologi VAR apabila mengesahkan Obregon berada dalam kedudukan ofsaid, sekali gus menyaksikan Buriram United berjaya mara ke perlawanan suku akhir ACLE.

Keadaan berkenaan menyebabkan Harimau Selatan tewas 0-1 kepada wakil Thailand iaitu Buriram United yang meraih kemenangan menerusi jaringan penyerang sayap muda mereka, Suphanat Muenta.

"Di saingan besar serta membabitkan aksi panas, ia memerlukan mutu pengadilan yang baik serta fokus penuh. Pada saya, mutu pengadilan AFC sebenarnya masih okay.

"Isu berlaku ini sebenarnya hanya membabitkan beberapa aksi sahaja. Apapun, AFC perlu tegas dan sentiasa menilai perkembangan semasa pengadil-pengadil mereka," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram