
PERJUMPAAN bekas tiga figura Sabah FC iaitu Rizal Ghazali, Baddrol Bakhtiar dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Ahmad Marzuki Nasir menimbulkan spekulasi dalam kelangan penyokong The Rhinos.
Tiga individu berkenaan dilihat sempat bertemu di sebuah restoran sekitar Sungai Petani, Kedah dengan pelbagai topik menarik sempat dikupas sepanjang tempoh pertemuan singkat berkenaan.
"Sahur bersama YB Baddrol dan Rizal, banyak cerita lucu, suka dan duka sepanjang tiga ke empat jam diluangkan bersama mereka. Jumpa di Sabah bulan depan," tulisnya di Insta Story miliknya pada Jumaat.
BACA LAGI: Lawatan Marzuki Nasir ke Jepun bakal lonjak reputasi Sabah FC
BACA LAGI: Mungkin tahun terakhir', orang kuat The Rhinos beri berita gembira dalam duka
Sekeping foto yang dikongsikan Marzuki itu jelas menimbulkan persoalan dalam kalangan penyokong khususnya pengikut The Rhinos sama ada ia melibatkan bekas kelab mereka iaitu Sang Badak.
Tampil menjelaskan perkara terbabit, Ahmad Marzuki memberitahu bahawa perjumpaan di Sungai Petani itu tidak mempunyai kaitan dengan bola sepak dan sebaliknya, ia hanyalah reunion rakan-rakan.
"Ia hanya perjumpaan sebagai sahabat. Tiada apa-apa pun cerita mengenai bola sepak, kami hanya bercerita mengenai kehidupan masing-masing.
"Berkenaan jumpa di Sabah bulan depan sebab mereka (Rizal dan Baddrol) masing-masing nak datang bercuti dan beraya ziarah-ziarah sahabat di Sabah," kongsinya ringkas kepada Majoriti mengenai intipati pertemuan berkenaan.
Ahmad Marzuki berkongsi pertemuannya bersama Rizal dan Baddrol di Sungai Petani.
Dalam pada itu, Ahmad Marzuki juga sempat memberi kata-kata optimis buat bekas pasukannya dengan beliau yakin bahawa pasukan berpangkalan di Borneo tanah air itu boleh menghabiskan kempen di tempat ketiga bagi saingan Liga Super.
Bagi mencapai sasaran berkenaan, Ahmad Marzuki berharap skuad Sang Badak akan menampilkan aksi konsisten untuk mendapatkan tiga mata dalam tiga aksi terakhir menentang PDRM FC (8 April), Kedah Darul Aman FC (18 April) dan Perak FC pada 26 April.
Sebelum memikul peranan CEO Sabah FC pada 2023, Ahmad Marzuki pada awalnya diberi kepercayaan untuk bertugas sebagai pengurus pasukan dengan kerjasamanya bersama bekas pengendali, Datuk Ong Kim Swee membawa mereka ke pentas Asia.
Marzuki bertugas sebagai pengurus pasukan sebelum menjadi CEO kelab. — Facebook/Sabah FC
Namun, pada penghujung 2023, Ahmad Marzuki secara tiba-tiba bertindak mengundur diri dengan ramai percaya keputusan berkenaan dipercayai dibuat berikutan perubahan pihak pengurusan kelab.
Untuk rekod, Baddrol meninggalkan Sabah pada Julai 2023 untuk menceburi bidang politik sementara Rizal berbuat demikian pada penghujung musim selepas kontraknya berakhir dan menyertai Sang Kenari. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram