
PENGENDALI baharu Harimau Malaya, Peter Cklamovski mengesahkan bahawa seramai tiga pemain warisan bakal tiba di Malaysia minggu hadapan dengan difahamkan, proses bagi mendaftarkan mereka sedang berada di peringkat terakhir.
Perkongsian itu diberitahu oleh Cklamovski dalam pengumuman 27 pemain yang dipanggil menyertai kem Harimau Malaya untuk pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 25 Mac.
Bagaimanapun, kejutan yang patut diumumkan pada minggu hadapan itu tiba lebih awal apabila kelab Portugal divisyen dua iaitu Portimonense mengumumkan Hector Hevel sebagai pemain baharu Harimau Malaya.
BACA LAGI: Cklamovski kongsi sebab panggil Faisal Halim ke HM, 3 pemain warisan tiba minggu depan
BACA LAGI: Terlepas peluang debut di SNBJ, Cklamovski harap ultras, fans turun SSI beri sokongan
Menerusi hantaran pada Jumaat itu, Portimonense berkongsi tiga pemainnya termasuk Hevel mendapat panggilan negara masing-masing. Tamble Monteiro dan Kristofer Kait masing-masing menyertai skuad Guinea-Bissau dan Estonia Bawah 21 tahun (B-21).
Berdasarkan laman web Transfermarkt, Hevel mampu beraksi sebagai pemain tengah atau tengah menyerang jika diperlukan. Graduan akademi Den Haag itu juga pernah beraksi untuk AEK Larnaca, FC Cartagena dan FC Andorra.
Selain itu, pemain berusia 28 tahun itu juga memiliki pengalaman beraksi di Asia susulan Hevel sebelum ini pernah beraksi untuk kelab China League One, Guangxi Pingguo Haliao dari 2024 hingga 2025.
Di peringkat antarabangsa pula, pemain berketinggian 1.71 meter itu pernah menyarung jersi skuad kebangsaan Belanda Bawah 20 tahun (B-20). Havel mencatat dua kaps bersama B-20 Belanda iaitu ketika aksi persahabatan pada 2015.
Havel menyertai bekas kelab Safawi Rasid pada awal musim ini, dengan dia sudah merekodkan lima perlawanan bersama Portimonense serta menyumbang satu bantuan jaringan pada aksi mementang Leixoes SC pada Februari lepas.
Dengan pengumuman dari Portimonense itu, adakah penyokong bola sepak tanah air akan menyaksikan seramai 28 pemain Harimau Malaya akan menghadiri kem latihan pusat pertama pada 17 Mac ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram