
SEJAK mengambil alih pegangan saham minoriti Manchester United, pelbagai langkah diambil Sir Jim Ratcliffe serta syarikatnya, INEOS untuk mengurangkan kos operasi kelab.
Ini termasuk memecat seramai 250 kakitangan kelab, menamatkan rancangan makan tengah hari percuma serta membatalkan musim perayaan dengan semua rancangan itu menerima kritikan penyokong.
Bagaimanapun, semua langkah itu masih belum cukup untuk meringankan situasi kewangan kelab apabila Ratcliffe dilaporkan berkata Manchester United sudah tidak mempunyai duit.
BACA LAGI: Makin tak masuk akal, Ratcliffe tutup kantin staf Man United demi kurangkan kos operasi
BACA LAGI: Lepas batalkan jamuan Krismas, Sir Jim Ratcliffe potong bonus perayaan staf Man United
Pengurusan tidak sistematik membuatkan Manchester United mengalami kerugian berterusan. — Agensi
"Jika anda nilai angka semasa kelab, ia merupakan situasi amat meruncingkan kerana perbelanjaan kita sebelum ini sudah di luar kawalan. Dalam terma mudah, Manchester United berbelanja lebih banyak daripada apa yang diperolehi dalam tempoh tujuh tahun lalu.
"Kalau tidak diuruskan dengan baik, kita akan kehabisan wang pada hujung 2025. Saya rasa ini kali pertama saya berkata demikian, tetapi itu adalah fakta. Kita sudah tidak mempunyai duit mencukupi dan itupun selepas saya membuat pelaburan £300 juta (RM1.7 bilion)," katanya.
Berdasarkan laporan kewangan tahun lalu, Manchester United mengalami kerugian sehingga £113.2 juta (RM646 juta) dengan masalah tersebut perlu diselesaikan segera.
Ini kerana peraturan Liga Perdana Inggeris (EPL) menetapkan setiap pasukan bertanding tidak boleh mengalami kerugian berterusan atau berdepan risiko pemotongan mata seperti mana dialami Everton dan Nottingham Forest.
Ratcliffe terpaksa mengambil langkah drastik dalam usaha membantu kewangan Manchester United. — Agensi
Tetapi, Ratcliffe percaya kehadirannya mampu membawa perubahan dengan menegaskan kelab itu akan jadi pasukan paling menguntungkan dalam tempoh tiga tahun.
"Kita perlu mengalami perubahan dan tiada siapa yang suka untuk melihatnya. Saya percaya langkah diambil ketika ini akan meletakkan kita kembali ke landasan tepat.
"Pihak saya terpaksa mengambil keputusan drastik dan kini, pekerja di Manchester United mula memahaminya. Terdapat visi jelas yang sudah kami tetapkan," katanya lagi.
Setakat ini, terdapat juga perancangan mengatakan kelab itu akan memberhentikan seramai 200 staf lagi dalam masa terdekat susulan laporan yang mengatakan kantin pekerja di Stadium Old Trafford bakal ditutup.
Keputusan itu dilihat mampu mengurangkan kos operasi secara besar-besaran, namun membuktikan sikap Ratcliffe dan INEOS yang tidak berhati perut demi keuntungan pasukan.
Sementara itu, Ratcliffe turut menamakan enam pemain yang dirasakan mendatangkan beban buat kelab.
Jadon Sancho, Casemiro, Antony, Rasmus Hojlund, Lisandro Martinez dan Andre Onana antara nama disebut pemilik Ineos itu yang menyifatkan kelab terlebih belanja sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Setiap daripada mereka menelan belanja £17 juta seorang (setiap tahun). Ini adalah pembelian masa lepas. Suka atau tidak, kita sudah mewarisinya dan perlu menyelesaikannya.
"Untuk Sancho, kini bermain di Chelsea dan kita bayar separuh gajinya. Ada lagi pemain tidak cukup bagus dan ada yang terlebih bayar. Kita perlukan masa untuk mengubah masa lampau kepada perkara baharu," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram