Man United terima khabar gembira, dapat peluang beli pengganti Hojlund, Zirkzee dengan harga murah


  • Podium
  • Isnin, 10 Mac 2025

Hojlund (kiri) dan Zirkzee tidak memberi pulangan lumayan buat Manchester United sejak kehadiran masing-masing. — Agensi

KEHADIRAN dua penyerang muda, Rasmus Hojlund dan Joshua Zirkzee nampaknya bukanlah solusi kepada ketumpulan barisan serangan Manchester United meskipun mereka hadir dengan yuran perpindahan besar.

Pelaburan mencecah €116 juta (RM556 juta) yang dihabiskan buat kedua-dua pemain itu nampaknya masih belum membuahkan hasil dengan hanya lima gol Liga Perdana Inggeris (EPL) dijaringkan mereka musim ini.

Jadi, menyedari pulangan tidak berbaloi itu, Manchester United dilaporkan bersedia melepaskan Hojlund dan Zirkzee pada jendela perpindahan akan datang dalam usaha meraih dana bagi membawa masuk penyerang baharu.

BACA LAGI: [VIDEO] Enggan tuding jari, Amorim akui Zirkzee, 2 lagi bintang Man United papar peningkatan

BACA LAGI: Hanya seri bertemu Everton, legenda EPL ‘sekolahkan’ 3 bintang Man United termasuk Bruno Fernandes

MANCHESTER, ENGLAND - MARCH 02: Matthijs de Ligt, Noussair Mazraoui, Victor Lindeloef, Chido Obi-Martin, Ayden Heaven, Joshua Zirkzee, Alejandro Garnacho, Diogo Dalot and Casemiro of Manchester United look on during the penalty shoot out during the Emirates FA Cup Fifth Round match between Manchester United and Fulham at Old Trafford on March 02, 2025 in Manchester, England. (Photo by Carl Recine/Getty Images)

Manchester United perlu menyelesaikan isu ketumpulan barisan serangan. — Agensi

Juara 13 kali EPL tersebut juga seperti sudah memiliki sasaran tersendiri untuk memperkuatkan barisan serangan apabila khabar angin mengatakan mereka berminat untuk membawa masuk bintang Crystal Palace, Jean-Philippe Mateta.

Pemain tersebut sememangnya menjadi sasaran pasukan gergasi sekitar England yang kagum akan sentuhannya di hadapan pintu gol selain kebolehannya dalam membantu rakan sepasukan.

Sejak musim lalu, pemain kelahiran Perancis berkenaan sudah merekodkan 34 gol dalam semua pertandingan buat Crystal Palace dengan catatan itu membuktikan ketajamannya.

Statistik itu membuatkan Manchester United tertarik untuk mendapatkan khidmatnya pada jendela perpindahan musim panas akan datang meskipun tahu pelaburan besar perlu dibuat.

Mateta merupakan antara penyerang paling prolifik dalam EPL ketika ini. — Agensi

Bagaimanapun, dalam laporan terbaharu, skuad The Red Devils menerima durian runtuh kerana mereka hanya perlu membayar €47.6 juta (RM227.7 juta) untuk menyambarnya dari kelab London tersebut.

Harga rendah itu ditetapkan kerana kontrak Mateta bersama Crystal Palace akan berakhir pada Jun tahun depan, sekali gus membuatkan perpindahan tersebut mudah untuk direalisasikan.

Namun, ketika ini, masih tiada sebarang laporan yang mengatakan proses rundingan sudah bermula antara kedua-dua pihak terbabit dengan hanya khabar angin bertebaran di media sosial.

Untuk rekod, setakat 28 perlawanan EPL 2024/25, Manchester United hanya menjaringkan 34 gol dengan ia merupakan antara catatan terendah dalam kalangan 20 pasukan lain.

Kelemahan itu perlu diselesaikan pada kempen akan datang sekiranya skuad The Red Devils bercita-cita untuk berada di kedudukan lebih baik berbanding musim ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram