
MANCHESTER United gagal meraih kelebihan dalam pusingan pertama 16 pasukan terbaik Liga Eropah UEFA (UEL) apabila hanya mencatatkan keputusan seri kepada Real Sociedad.
Dalam pertembungan di tempat lawan pada Jumaat, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dengan skuad The Red Devils menjaringkan gol menerusi Joshua Zirkzee, sementara pasukan tuan rumah mencetak jaringan menerusi Mikel Oyarzabal.
Kegagalan mencatatkan kemenangan itu menyaksikan penyokong Man United kurang senang dengan persembahan anak-anak buah Ruben Amorim yang tidak memanfaatkan peluang untuk meraih bekalan bagi aksi timbal balik.
BACA LAGI: Cara Johor buat kerja tak perlu heboh tapi tahu-tahu dah jadi — TMJ
BACA LAGI: Tampil cemerlang ikat Sang Penyu, prestasi 3 wira tidak didendang raih pujian fans The Rhinos
Hal itu turut menerima perhatian sebuah lagi kelab Sepanyol iaitu Sevilla FC yang dilihat tidak melepaskan peluang untuk 'menganjing' Man United selepas kejayaan mereka menewaskan Real Sociedad 1-0 di tempat lawan pada Isnin.
Dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi pasukan itu, Sevilla memuat naik kenyataan yang mengatakan bahawa menewaskan Real Sociedad di tempat lawan adalah sesuatu yang sukar dilakukan oleh semua orang.
"Menewaskan Real Sociedad di tempat lawan bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan oleh semua orang," tulisnya.
Hantaran tersebut disifatkan sebagai sindiran halus kepada Man United yang gagal meraih kemenangan di tempat lawan.
Sevilla terus menunjukkan kekuatan mereka di pentas Eropah dan dengan sindiran ini, mereka jelas membuktikan bahawa kemenangan di tempat lawan bukanlah sesuatu yang mustahil bagi mereka.
Manchester United berpeluang membalas sindiran Sevilla FC itu apabila mereka akan bertemu Real Sociedad dalam aksi timbal balik pada 14 Mac nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram