[VIDEO] Eriksen perli kesilapan Arsenal, Arteta 'koyak' cicir mata di Old Trafford


  • Podium
  • Isnin, 10 Mac 2025

Fernandes memberikan United kelebihan melalui sepakan percuma yang menakjubkan sebelum babak pertama berakhir. — Agensi

 

 

MANCHESTER United meraih keputusan seri 1-1 menentang Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford, Manchester, England pada Isnin dengan pemain tengah Christian Eriksen mengakui bahawa keputusan tersebut dipengaruhi oleh kesilapan pengadilan oleh pengadil iaitu Anthony Taylor.

Bruno Fernandes memberikan United kelebihan melalui sepakan percuma yang menakjubkan sebelum babak pertama berakhir. Namun, terdapat kontroversi mengenai jarak tembok pertahanan Arsenal, yang dilihat berada lebih jauh daripada yang sepatutnya.

Analisis Sky Sports kemudian mengesahkan bahawa barisan pertahanan Arsenal berada sejauh 11.2 ela dari bola, melebihi jarak minimum 10 ela yang ditetapkan dalam undang-undang permainan.

BACA LAGI: [VIDEO] Tinggalkan Manchester United, Antony terus dapat MOTM aksi debut bersama Real Betis

BACA LAGI: Fans Man City rebah di Stadium Etihad sebelum meninggal dunia menjelang aksi Manchester Derby

Keputusan Taylor yang memaksa pemain Arsenal berdiri lebih jauh memberikan Fernandes lebih banyak ruang untuk menghantar bola melepasi tembok dan menjaringkan gol. Eriksen turut menyuarakan pandangannya mengenai situasi tersebut.

"Saya gembira tembok pertahanan berada kira-kira 15 meter jauhnya, jadi ia sempurna untuknya melepaskan sepakan ke atas. Ia memberi kelebihan kepada kami. Ia membuat perbezaan yang sangat besar.

"Anda tidak perlu menyepaknya terlalu tinggi, ia lebih mudah dan memberikan Bruno sedikit lebih banyak ruang untuk menghantarnya melepasi tembok pertahanan," ujar Eriksen dengan senyuman selepas perlawanan.

Sorakan kelegaan daripada penyokong United jelas kedengaran di Old Trafford selepas gol tersebut. Bagaimanapun, Arsenal kembali menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua melalui jaringan Declan Rice, namun gagal mencari gol kemenangan.

 

 

 

 

Hanya aksi menyelamat berganda yang mengagumkan dapat dilihat pada babak kedua oleh penjaga gol The Gunners, David Raya apabila menghalang Fernandes daripada memastikan tiga mata penuh untuk United.

Dalam pada itu, keputusan seri berkenaan membuatkan jurang mata antara Arsenal di kedudukan kedua dan Liverpool di takhta liga kini bertambah kepada 15 mata setelah The Reds menang selesa 3-1 ke atas Southampton.

Selepas perlawanan, Arteta yang tiba ke sesi temu ramah dilihat dengan tergesa-gesa meninggalkan ruang tersebut apabila disoal mengenai misi Arsenal untuk mengejar kejuaraan liga. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram