
SELEPAS hampir lima tahun berkelana di Eropah dan Jepun, penyerang Harimau Malaya, Luqman Hakim Shamsudin dikhabarkan bakal kembali ke saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim hadapan.
Dengan penamatan kontraknya bersama KV Kortrijk pada 30 Jun ini, pemain berusia 22 tahun itu kini sedang mempertimbangkan beberapa tawaran daripada kelab tempatan.
Menerusi satu perkongsian daripada pemerhati tanah air, Zulhelmi Zainal Azam, khabar angin kepulangan pemain berusia 22 tahun itu menarik minat beberapa pasukan.
BACA LAGI: Raih bekalan selesa ke atas Real Sociedad, Sevilla sindir Man United
BACA LAGI: PDRM FC semakin terhukum angkara rehatkan ketua jurulatih tanpa sebab munasabah
"Satu lagi ramalan MFP, para pemain bercakap mengenai perjalanan Luqman Hakim dan menekankan Kuching dan Negeri Sembilan sebagai destinasi yang berpotensi," katanya di laman X.
Menurutnya, Negeri Sembilan FC dilihat sebagai destinasi terbaik Luqman bagi memiliki lebih banyak minit permainan berbanding penyumbangkan pengalamannya bersama kelab besar lain.
Dua kelab Liga Super dilihat mahu mendapatkan khidmat Luqman.
Bukan itu sahaja, salah satu kelab yang berpangkalan di Borneo juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain muda skuad kebangsaan tersebut.
Berita itu sekali gus mungkin memadamkan impian penyokong yang berharap untuk melihat Luqman beraksi bersama Selangor FC, kerana dia dilihat bakal bersaing untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan.
Skuad Jang dan Kuching City FC dilihat sebagai kelab yang sesuai untuk memberi Luqman lebih banyak peluang bermain.
Sebagai seorang pemain yang dahagakan aksi di padang, Luqman memerlukan kelab yang dapat memberikan peluang bermain secara konsisten dalam kesebelasan utama.
Sekiranya memilih NSFC, Luqman berpeluang besar untuk menjadi penyerang utama pasukan, sekali gus mengetuai barisan serangan Jang Hobin.
Selain NSFC, Kuching City FC turut dilihat sebagai antara pasukan yang mampu menjanjikan lebih banyak minit permainan buat penyerang muda tanah air ini, kerana mereka lebih mengutamakan bakat tempatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram