Enggan jadi 'training team' JDT di final Piala Malaysia, Sri Pahang mudah lolos sekatan PDRM


  • Podium
  • Ahad, 09 Mac 2025

Sebahagian aksi yang dipamerkan oleh Tok Gajah dalam mengekang serangan PDRM FC. — Facebook/SriPahang

SRI Pahang FC akhirnya boleh menarik nafas lega selepas mencatat kemenangan berharga 3-1 ke atas PDRM FC dalam aksi Liga Super 2024 yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor pada Sabtu.

Kejayaan itu hadir pada waktu yang tepat, lebih-lebih lagi selepas beberapa keputusan mengecewakan sebelum ini.

Perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan tampil seimbang dalam melancarkan serangan, namun ketajaman jentera serangan Tok Gajah menjadi pemisah antara mereka.

BACA LAGI: Safawi kata gol cantik hasil latihan gigih, tapi fans anggap sekadar nasib

BACA LAGI: Hampir setahun menanti 'siuuu', Faisal Halim kembali ubati kerinduan penyokong Gergasi Merah

Kpah Sherman memastikan tiga mata berharga menjadi milik Sri Pahang selepas mencetak dua gol buat Tok Gajah. — Facebook/SriPahang

Stefano Brundo membuka tirai jaringan pada babak pertama, memberikan kelebihan awal buat Sri Pahang sebelum rehat.

Memasuki separuh masa kedua, Sri Pahang terus menunjukkan keazaman tinggi untuk meraih kemenangan.

Skuad Tok Gajah menepis segala keraguan penyokong yang sebelum ini menjangkakan pasukan itu bakal menjadi mangsa mudah dalam perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) nanti. 

Dua gol tambahan daripada Kpah Sherman memastikan Sri Pahang menamatkan perlawanan dengan kemenangan bergaya, sekali gus menyelamatkan maruah skuad kendalian Fandi Ahmad.

Kemenangan itu bukan sahaja memberi kelegaan kepada pemain dan penyokong, tetapi juga mengembalikan keyakinan Tok Gajah menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur nanti.

Sri Pahang kini menghantar mesej jelas bahawa mereka bersedia untuk memberi tentangan sengit dalam perebutan trofi berprestij itu bertemu skuad Harimau Selatan pada 12 April.

“Teruskan momentum Pahang, semoga terus konsisten," kata Sharul Azam.

"Ini baru finalis Piala Malaysia, bukan sekadar tempat latihan JDT," kata Syafiq Mohd

"Boleh sudah tenang nak lawan JDT lepas ini, nasib baik menang lawan PDRM," kata Mohd Rashid. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram