Cara Johor buat kerja tak perlu heboh tapi tahu-tahu dah jadi — TMJ


  • Podium
  • Sabtu, 08 Mac 2025

Druijf sebelum ini disebut-sebut bakal menyertai skuad kebangsaan setelah proses dokumentasi selesai.

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta peminat Harimau Malaya agar bertenang dan bersabar selepas kenyataan Ferdy Druijf yang mendakwa tidak mengetahui pertalian darahnya dengan Malaysia mengejutkan ramai pihak.

Sebelum ini, Druijf disebut-sebut bakal menyertai skuad kebangsaan setelah proses dokumentasi selesai.

Baginda menekankan bahawa gerak kerja di Johor, kejayaan dicapai melalui tindakan nyata bukan sekadar harapan.

BACA LAGI: Fans Sri Pahang dakwa tiket final Piala Malaysia mahal, tak berbaloi semata mahu tengok JDT 'training' di SNBJ

BACA LAGI: JDT hitung hari, jaguh kelab China, Korea Selatan pun 'terciduk' di SSI, apatah lagi Buriram United

 

 

“Di Johor atau cara Johor, kita buat kerja tak perlu heboh-heboh, hype sampai ke langit, beri harapan palsu, dan in the end tiada apa-apa.

“Cara kita di Johor adalah ‘actions speak louder than words’. We don’t talk, we make it happen. Our word is our pride. When we promise, we bleed for it.

“Itulah Johor, results speak louder. Dah bertahun kami buktikan setiap benda yang diumumkan akan dilaksanakan dan menjadi realiti. Tetapi tak semua orang faham dan tak perlu kita salahkan mereka, mereka tak biasa,” ujar baginda.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih dikenali TMJ turut menjelaskan bahawa beberapa pemain warisan sebelum ini antaranya Dion Cools, Stuart Wilkin dan Darren Lok adalah contoh proses yang berlaku tanpa hebahan berlebihan dan menjadi kenyataan.

“Dion Cools, Daniel Ting, Darren Lok, Stuart Wilkin, Corbin Ong, Endrick Dos Santos, Romel Morales. Tahu-tahu jadi dah jadi, tak ada heboh-heboh menggelupur.

“Ubahlah pemikiran itu. Lihat Johor, ikut cara Johor. Bersabar, beradab, dan bersyukur. Dengan izin-Nya, ALLAH akan kurniakan kejayaan,” ujar TMJ lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram