Hilang depan sekolah di KL sejak Februari, adik perempuan Hadin Azman ditemukan selamat di Seremban Putra


  • Podium
  • Sabtu, 08 Mac 2025

Nur Khalisya ditemui selamat di rumah keluarganya di Seremban Putra, Negeri Sembilan pada Sabtu.— Polis

ADIK kepada tonggak Negeri Sembilan FC (NSFC), Hadin Azman iaitu Nur Khalisya dilaporkan hilang sejak 26 Februari lepas ditemui selamat di Seremban Putra, Negeri Sembilan pada Sabtu.

Nur Khalisya, 16, ditemui di rumah keluarga angkatnya.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, maklumat lanjut berhubung penemuan itu akan dimaklumkan kemudian.

BACA LAGI: Adik perempuan tonggak skuad Jang hilang sejak Februari, kali terakhir dilihat depan sekolah

BACA LAGI: [VIDEO] Hajat berbuka di masjid tak kesampaian, bapa dan anak maut motor dirempuh kereta

Setakat ini, belum ada kenyataan lanjut dikeluarkan  bekas penyerang Harimau Malaya berhubung penemuan adiknya.

Sebelum ini, Nur Khalisya dilaporkan hilang sejak 11 hari lalu sebaik pulang dari sekolah.

Berdasarkan hebahan yang di media sosial, remaja perempuan kali terakhir dilihat dilaporkan berpakaian kemeja T rumah sukan berwarna biru, berseluar trek hitam dan bertudung sekolah warna putih sebelum hilang tanpa jejak. — The Star/JUSTIN ZACK

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram