Jaringan 'corner' Puskas Safawi Rasid selamatkan maruah Terengganu di laman sendiri


  • Podium
  • Sabtu, 08 Mac 2025

Antara aksi perlawanan antara Terengganu dan Sabah pada Jumaat. — MFL

PERLAWANAN Liga Super ke-21 diteruskan dengan aksi antara Terengganu FC dan Sabah FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menyaksikan kedua-dua pasukan mahu menamatkan liga di posisi tempat tiga terbaik.

Walaupun penyokong Terengganu menyambut bulan ramadan, ia tidak memaksa Sang Penyu untuk memberikan saingan ke atas anak-anak buah Martin Stano.

Dalam perlawanan itu, Terengganu kembali dapat menggunakan khidmat Safwan Mazlan meskipun baru kehilangan ibu tercinta beberapa hari yang lalu.

BACA LAGI: Neymar kembali lepas 2 tahun tersisih, bintang buangan Man United terus dilupakan Brazil

BACA LAGI: 'Terbang Murrilo kena 'body' Dion Cools', fans kagum lihat pengalaman kapten Harimau Malaya kekang import JDT

Manakala, Nurillo Tukhtasinov kembali berada dalam pasukan selepas menjalani penggantungan satu perlawanan.

Meskipun dapat menggunakan khidmat duo Terengganu itu, anak-anak buah Badrul Azfan tersentak pada minit ke-19 selepas Stuart Wilkin berjaya mencetak nama selaku penjaring apabila mudah menewaskan perangkap ofsaid Sang Penyu.

Kehadiran Saddil Ramdani dalam kem Sabah juga banyak mengucar-ngacirkan benteng pertahanan Terengganu.

Tidak mahu Terengganu terus mendominasi separuh masa pertama, Ismaheel Akinade berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-24 apabila tandukannya dibenarkan selepas disemak oleh Video Bantuan Pengadil (VAR).

Suasana sepi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin memberi banyak ruang buat Sabah lebih mendominasi permainan pada babak separuh masa pertama.

Manakala Ivan Mamut juga sempat terakam menerusi lensa kamera apabila dia berada di kerusi penonton untuk memberikan sokongan buat rakan sepasukan lain.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Saddil Ramdani berjaya mengegarkan gawang Terengganu selepas menanduk bola hasil hantaran R.Dinesh untuk meletakkan Sabah dua gol di hadapan.

Keputusan kekal 1-2 dengan Terengganu ketinggalan pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, pemain-pemain Terengganu cuba melakukan kebangkitan selepas dilihat lebih banyak mendominasi permainan.

Namun begitu, sehingga memasuki minit ke-80 Terengganu gagal untuk menambah jaringan apabila Sabah dilihat lebih gemar memperlahankan tempo permainan mereka dengan bertahan di kubu sendiri.

Selepas menunggu lama, sepakan penjuru lencong Safawi Rasid berjaya mengelirukan Damien Lim sekali gus menyamakan kedudukan sekali untuk meletakkan kembali Terengganu dalam permainan.

Jaringan Safawi itu sekali gus merubah suasana permainan apabila beberapa pemain kedua-dua pasukan mula bertindak agresif sebelum berlakunya pergaduhan kecil antara mereka.

Farhan Roslan, Nurrilo dan Cifu antara pemain yang terlibat dalam pergaduhan kecil tersebut.

Keputusan kekal 2-2 sehingga tamat perlawanan dengan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Melihat kepada jaringan Safawi itu, rata-rata penyokong Terengganu mula melabelnya sebagai 'Badhri Radzi Terengganu'.

"Sehebat-hebat Arif Aiman pun tak pernah lagi sumbang gol kreatif sebegitu," ujar Emir Danish Haniff.

"Tengok last gol macam itu teringat Badhri Radzi Kelantan," luah Fadhlullah Jamil.

"PUSKAS pula jaringan Safawi itu," Mohamad Fadhli.

Selepas ini Terengganu akan bertemu Selangor FC di halaman lawan pada 5 April manakala pula bakal berdepan cabaran PDRM FC hari yang sama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram