'Terbang Murrilo kena 'body' Dion Cools', fans kagum lihat pengalaman kapten Harimau Malaya kekang import JDT


  • Podium
  • Jumaat, 07 Mac 2025

Tangkap layar video Murillo melambung selepas Cools mematahkan serangan JDT.

JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT) gagal membawa bekalan selesa bagi perlawanan kedua pusingan ke-16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) beraksi di halaman sendiri pada 11 Mac nanti.

Dalam perlawanan itu, JDT mempertaruhkan sembilan pemain import sebagai kesebelasan utama pasukan sebelum perlawanan berakhir 0-0 di Chang Area, Thailand.

Kemasukan pemain import baharu, Samu Castillejo juga tidak memberikan sebarang impak selepas diberi peluang beraksi selama 45 minit.

BACA LAGI: Hanya rekod 4 'shot' lawan Buriram United, peledak Iran dan rakan Jese antara 3 nama sesuai pertajam JDT di ACLE

BACA LAGI: Fans JDT rasa taktikal Hector Bidalgio lemah, punca seri lawan Buriram United

Namun begitu, menarik perhatian penyokong dalam perlawanan itu ialah aksi kapten Harimau Malaya, Dion Cools yang mengekang asakan import JDT, Murilo Henrique sehinggakan dia terjatuh ketika tewas dalam pertarungan fizikal.

Menerusi hantaran video oleh Palatao Bola, Cools mudah mematahkan serangan belah kiri JDT yang diketuai oleh Murilo.

Dalam video tersebut, Murilo dilihat sedang berlari selepas menerima hantaran daripada rakan sepasukan sebelum Cools hadir untuk memberhentikan serangan tersebut.

Cools yang dilihat mendepakan tangannya ke arah Murrilo secara tidak langsung menyebabkan pemain kelahiran Brazil itu tergolek kerana asakan pemain kebangsaan tersebut.

 

 

Dalam ruangan komen, rata-rata penyokong Harimau Malaya kagum dengan persembahan ditunjukkan oleh Cools ketika berdepan JDT.

"Semua kata pemain JDT mahal, tapi Cools buat macam itu dah tergolek, Bergson pula hilang," kata Palestine Official.

"Kalau ikut peringkat, Cools memang lebih baiklah pengalaman main dekat UCL," jelas Hafizesa Official.

"'Solid Cools ini, posisi sebenar dia main. Pengalaman memang padu," kata seorang lagi penyokong.

Untuk rekod, Cools telah tampil dalam 37 perlawanan, tiga gol dan lapan 'assist' bersama Buriram United musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram