Fans JDT rasa taktikal Hector Bidalgio lemah, punca seri lawan Buriram United


  • Podium
  • Rabu, 05 Mac 2025

Penyokong JDT menunding jari kepada Bidalgio selepas seri bertemu Buriram United.

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) gagal memperoleh bekalan selesa daripada perlawanan pertama peringkat 16 Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite 2024/25 selepas terikat 0-0 dalam aksi menentang Buriram United pada Selasa (4 Mac).

Dalam perlawanan di Chang Arena, Buriram, Thailand itu menyaksikan pasukan kendalian Omar Loss lebih mengusai permainan dengan menunjukkan dominasi dengan 15 percubaan ke arah gawang lawan.

Manakala, Harimau Selatan pula hanya mencatat empat percubaan ke gawang yang dijaga Neil Etheridge dengan JDT mencatatkan 49 peratus penguasaan dan Buriram United pula merekodkan 51 peratus penguasaan permainan.

BACA LAGI: Pernah minta bantuan derma darah, ex import Kelantan dilapor berhutang hospital Thailand sebelum meninggal dunia

BACA LAGI: Senarai bocor Piala Belia 2025, Sri Pahang dan KDN FC beri petanda awal tarik diri Liga Super musim depan?

Statistik itu menyimpulkan pasukan bimbingan Hector Bidoglio memilih untuk tampil dengan taktikal sedikit bertahan di bumi Buriram United.

Tidak kurang juga ada penyokong menuding jari kepada taktikal diterapkan oleh Bidalgio yang menjadi punca wakil Malaysia terikat 0-0 menentang juara Liga Thailand itu.

Menerusi komen dalam laman rasmi Facebook JDT, penyokong melontarkan pandangan Harimau Selatan mengalami masalah berdepan pasukan yang menggunakan taktikal tekanan tinggi.

"JDT ini kalau lawan (pasukan) main 'pressure' macam Buriram United dengan Gwangju terus mati akal," kata Mohd Fahmi.

"Tak boleh kata selamat, sepatutnya jalan lurus untuk ke suku akhir tapi kerana kelemahan taktikal coach buat (sekarang) JDT dalam tekanan," ujar Faris Hidayat.

"Dengan pemain-pemain yang hebat, kalau tak masuk suku akhir memang salah Hector (sebab) taktikal terlampau pasif," luah Muhammad Khairee.

JDT sekali lagi akan bertemu Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 11 Mac selepas kali terakhir mereka terikat 0-0 semasa peringkat kumpulan pada 3 Disember tahun lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram