Sibuk bersama KDN tak halang bek kelahiran Terengganu sertai skuad Piala Asia


  • Podium
  • Khamis, 06 Mac 2025

Pasukan bola sepak pantai dibarisi campuran pemai berpengalaman serta 'ubi muda' yang masih menimba ilmu dalam sukan itu. — Facebook/FAM

PASUKAN bola sepak pantai negara sudah memulakan kem latihan di Kuala Terengganu, Terengganu pada Selasa lalu dengan seramai 25 pemain dipanggil ketua jurulatih, Saiful Md Noor.

Persiapan itu dibuat menjelang kempen Piala Asia Bola Sepak Pantai 2025 yang akan berlangsung di Pattaya, Thailand bermula 21 sehingga 30 Mac depan selepas diundi di samping tiga negara lain dalam Kumpulan D.

Jadi, dalam memastikan skuad bola sepak pantai kebangsaan cukup bersedia, pihak kejurulatihan sudah menyenaraikan pemain berpengalaman bagi membantu bakat muda negara.

BACA LAGI: 'Dari penyokong untuk penyokong', KRW muncul simbol harapan bola sepak Kelantan

BACA LAGI: Hanya berlatih di pantai, Timor Leste dah cukup syukur jika dapat seri lawan Harimau Malaya

Hafizal diharapkan mampu membantu skuad bola sepak pantai negara.

Ini termasuk memanggil pemain dengan pengalaman dalam dunia bola sepak tanah air, termasuk Hafizal Alias yang kini beraksi buat kelab Liga Super, Kelantan Darul Naim (KDN) FC.

Pemain pertahanan yang memulakan karier bersama Harimau Muda B itu sudah bertahun-tahun beraksi dengan majoriti daripada tempoh permainnya dihabiskan di negeri kelahirannya, Terengganu.

Kebolehan dibuktikan di atas padang semestinya diharapkan dapat membantu negara dalam kejohanan itu nanti selepas penyertaan terakhir mereka tidak membuahkan hasil.

"Bagi saya, pasukan kelihatan baik setakat ini dalam persiapan untuk ke Piala Asia di Thailand nanti. Semua pemain sudah menunjukkan sikap positif. Walaupun kita berlatih dalam bulan Ramadan, kita tetap bersemangat," katanya.

Hafizal masih beraksi buat skuad Kijang Emas dalam Liga Super. Facebook/KDN FC

Selain beraksi buat KDN FC dan Terengganu FC, Hafzal yang berusia 32 tahun juga pernah menyertai skuad The Bos Gaurus (TBG) bagi musim 2023, namun kurang diberikan minit permainan.

Jadi, dalam usaha meraih lebih banyak peluang, dia memilih untuk menyertai skuad Kijang Emas pada Mac tahun lalu dengan sembilan penampilan Liga Super direkodkan, termasuk ketika mereka tewas di tangan Kuching City FC pada 26 Februari lalu.

Meskipun merupakan watak utama kelab Pantai Timur tersebut ketika ini, dia masih bersemangat untuk beraksi buat pasukan bola sepak pantai menjelang perlawanan pertama mereka menentang Bahrain pada 21 Mac.

Dua hari selepas itu, skuad kebangsaan akan berdepan sebuah lagi negara Timur Tengah, Oman sebelum menutup aksi peringkat kumpulan dengan aksi menentang Vietnam.

Kedudukan dua teratas kumpulan sudah tentu menjadi sasaran anak-anak buah Saiful Md Noor dalam misi melangkah ke peringkat suku akhir kejohanan, sekali gus menyamai rekod terbaik negara yang pernah dicatatkan pada 2019. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram