[VIDEO] Rakan ‘free agent’ Samu Castillejo calon sesuai ganti Jorge Obregon di JDT


  • Podium
  • Sabtu, 01 Mac 2025

Gomez dan Castillejo pernah beraksi bersama di Valencia CF. — Agensi

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi mengejutkan seluruh kancah bola sepak Asia selepas menandatangani bekas bintang AC Milan, Samu Castillejo secara percuma selepas meninggalkan Valencia CF pada Ogos 2024.

Kehadiran Castillejo itu memberikan petanda bahawa Harimau Selatan benar-benar serius untuk memberikan cabaran di peringkat Asia selepas berjaya melepas pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Mewakili lima kelab ternama Eropah, Catillejo mempunyai kualiti tersendiri sebagai pemain sayap apabila menghasilkan 34 bantuan jaringan kepada rakan sepasukan dalam 324 perlawanan.

BACA LAGI: Dulu saing di Portugal, 3 bekas rakan Safawi cipta nama bersama kelab elit Eropah

BACA LAGI: Bukan trofi ‘cikai’, 4 ‘big name’ pernah julang Piala Cabaran sebelum Selangor

Selepas terbukti sebagai 'assister provider', Castillejo juga mempunyai kredibiliti untuk menghasilkan jaringan apabila meledak 26 gol sepanjang kariernya.

Dengan kehadiran Castillejo ke kem Harimau Selatan, pihak pengurusan mugkin boleh menarik minat bekas rakan sepasukannya ketika di Valencia untuk menyertai revolusi skuad JDT di Asia.

Pemain dimaksudkan Majoriti ialah Maximiliano Gomez yang kini juga masih bergelar ejen bebas.

Sejarah kelab

Gomez mempunyai sejarah kelab mirip Castillejo apabila beraksi dalam pasukan-pasukan yang boleh dilabel elit di pentas Eropah.

Celta de Vigo, Cadiz CF dan Valencia CF antara kelab Sepanyol yang pernah mendapatkan sentuhan bekas penyerang nasional Uruguay itu.

Selepas lima tahun di Sepanyol, kelab gergasi Turkiye, Trabzonspor tertarik untuk membawanya dengan yuran perpindahan sebanyak lebih RM13 juta pada 2022.

Namun begitu, Gomez tidak menyerlah di Liga Turkiye sebelum Cadiz CF mendapatkan khidmatnya pada musim 2023/24 secara pinjaman.

Rekod jaringan:

Sepanjang 304 penampilan dalam kariernya, Gomez telah meledak 89 gol dan La Liga antara pentas terbanyak buat pemain berusia 29 tahun itu untuk membuktikan dirinya sebagai pengganti Luis Suarez di skuad nasional Uruguay.

Dalam 198 penampilan La Liga, Gomez menjaringkan 52 gol dan 20 bantuan jaringan bersama tiga buah kelab.

Manakala di Liga Turkiye, Gomez hanya sempat menjaringkan lima gol dalam 27 perlawanan sebelum ditendang keluar.

Namun begitu sebelum mengalami penurunan prestasi, Gomez menyerlah dalam Liga Uruguay bersama Defensor SC dengan 15 gol dan lima 'assist' sebelum diterbangkan ke Eropah pada 2017.

Kesempatan Castillejo ke JDT boleh menarik minat Gomez menyertai Harimau Selatan apabila ada segelintir penyokong masih tidak berpuas hati dengan corak permainan ditampilkan oleh Jorge Obregon.

Gomez juga boleh menjadi pelan jangka masa panjang buat JDT untuk mencari pengganti Bergson da Silva yang sudah semakin berusia.

Namun begitu, gaji yang diminta oleh Gomez pastinya mahal kerana harga pasarannya yang masih tinggi iaitu lebih RM7 juta.

Jika JDT mendapatkan khidmatnya ia pastinya akan menggegarkan bola sepak Asia apabila Harimau Selatan telah dibarisi pemain-pemain bintang seperti Jordi Amat, Jese Rodriguez, Jonathan Viera, Iker Undabarrena dan terbaharu Castillejo. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram