
SULAIMAN Hussin merupakan nama yang tidak asing lagi dalam kancah bola sepak di Malaysia susulan figura itu merupakan orang kuat untuk pembangunan pemain-pemain muda tanah air.
Selaku jurulatih tempatan, pengendali berusia 48 tahun berkenaan berjaya membawa kelab kecik seperti UKM FC dan Kuching City FC memberi saingan dalam liga tempatan.
Sulaiman yang kini bertugas selaku Pengarah Teknikal buat Kuala Lumpur FA (KLFA) dilihat begitu aktif menguruskan pembangunan akar umbi di sekitar Lembah Klang.
BACA LAGI: Ikut trend ikat artis, Penang FC wajar sambar 'anak antoo' Sharnaaz Ahmad promosi kelab
BACA LAGI: Risau kena sambar, TFC, Jang, Penang bijak sambung awal kontrak 3 tonggak
Banyak program yang diuruskan Sulaiman walaupun sebelum ini dilaporkan Kuala Lumpur menghadapi kekangan kewangan tetapi dapat diatasi dengan baik.
Justeru itu, dengan Merzagua Abderrazak selaku Pengarah Teknikal dikhabarkan akan meninggalkan Penang FC susulan sudah pulang ke Maghribi, kekosongan itu harus diisi lebih cepat demi menyambung kesinambungan bekas pemain legenda Pulau Pinang itu.
Seperti Sulaiman ditakdirkan untuk berkhidmat di negeri kelahirannya, kontrak pengendali tersebut bersama KL juga dikhabarkan akan berakhir pada April ini dan inilah peluang terbaik untuk membawanya kembali ke Pulau Pinang.
Sulaiman (dua dari kanan) menyertai KLFA pada 2024.
Lebih menarik, Wan Rohaimi dan Sulaiman Hussin juga pernah bekerjasama sewaktu menjadi penolong jurulatih di KL City FC dahulu yang sedikit sebanyak dilihat dapat bergandingan dengan baik di Penang FC.
Melihat pencapaian dan penglibatan aktifnya, Sulaiman dijangka mampu membawa pembangunan yang baik untuk pasukan dan akar umbi di Pulau Pinang dengan pengalaman beliau mengolah pemain-pemain muda sebelum ini.
Antara pemain yang pernah berjaya meningkat naik di bawah beliau seperti Asnan Ahmad, Wan Faiz dan ramai lagi.
Sulaiman menjadi watak penting mencungkil bakat pemain muda di Lembah Klang.
Selain itu, sepanjang tempoh perkhidmatannya, Sulaiman kerap mencungkil bakat yang sudah melepasi had usia belia, namun bergelut untuk bersinar sebelum kehadirannya.
Perubahan itu dapat disaksikan dalam kalangan pemain skuad The Cats seperti Jimmy Raymond dan Wan Azraie yang mula menjadi tonggak ketika Sulaiman bertugas sebagai pembantu kepada Irfan Bakti Abu Salim. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram