
DALAM dua jendela perpindahan musim ini, Selangor FC banyak membawa masuk pemain baharu dengan ada rata-rata disembar pihak pengurusan adalah pemain import memandangkan mereka bersaing di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) Two.
Namun, tidak semua daripada pemain dibawa masuk membuahkan hasil seperti mana diharapkan sehingga menyaksikan skuad Gergasi Merah sekali lagi dikecewakan di peringkat domestik selain ditunjukkan jalan keluar awal dari saingan Asia.
Bagaimanapun, penyokong tidaklah begitu kecewa akan semua rekrut disambar kerana ada dalam kalangan mereka membuahkan hasil seperti mana diperlukan di posisi masing-masing.
BACA LAGI: Saham Kalamullah mencanak sertai Selangor waima masih di belakang bintang JDT-KL City
Kalamullah tidak mengalami kesukaran untuk menepikan Azim Al-Amin dalam pasukan. — Facebook/Selangor FC
alah seorang yang jelas membawa perubahan besar buat pasukan Lembah Klang itu ialah Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi yang dbawa masuk selepas dia meninggalkan Kedah Darul Aman (KDA) FC pada jendela perpindahan, iaitu hanya beberapa hari selepas mereka dimalukan di pentas alhier Piala FA.
Rekod ‘clean sheet’ yang dicatatkan sepanjang beraksi buat skuad Gergasi Merah adalah cukup baik dengan ketangkasan dipamerkan, termasuk ketika final MFL Challenge Cup menjadikannya watak utama pasukan meskipun baru enam bulan bersama mereka.
Tidak cukup dengan itu, terdapat tiga lagi sebab yang menjadikan Kalamullah rekrut terbaik buat Selangor FC mengatasi pemain baharu lain pasukan, termasuk dalam kalangan import.
1. Sikap kepimpinan
Seorang penjaga gol perlu memiliki sikap kepimpinan untuk berjaya dalam posisi itu kerana mereka perlu berkomunikasi dengan rakan sepasukan, terutamanya ketika situasi bola mati dalam usaha meminimumkan ancaman daripada pihak lawan.
Bagaimanapun, ciri-ciri itu dukar disaksikan dalam kalangan penjaga gol yang baru sahaja menyertai sebuah pasukan baharu kerana mereka masih belum dengan rakan yang asing.
Kalamullah memiliki persefahaman baik bersama rakan sepasukan dalam skuad Gergasi Merah. — Facebook/Selangor FC
Perkara sebaliknya dapat dinilai dalam diri Kalamullah yang jelas memiliki nilai kepimpinan untuk membolehkannya menyesuaikan diri dengan lebih mudah dalam skuad Gergasi Merah.
Lihat sahajalah ketika setiap kali dia diturunkan yang mana dia mudah berinteraksi bersama rakan sepasukan, termasuk kapten Selangor FC, Safuwan Baharudin bagi memastikan gawang mereka tidak mudah dibolosi.
Nilai kepimpinan dibuktikan sebagai benteng pertahanan terakhir menjadikan Kalamullah rekrut terbaik, sekali gus membuatkannya rekrut terbaik buat skuad Gergasi Merah.
2. Persembahan meyakinkan
Sepanjang musim 2024/25, Selangor FC sudah menurunkan dua penjaga gol sebelum kehadiran Kalamullah dengan Sam Somerville dan Azim al-Amin menjadi pilihan barisan kejurulatihan pasukan.
Namun, kedua-dua pemain di posisi itu padang-kala bergelut untuk memberikan aksi terbaik dengan Sam jelas bergelut ketika final Piala FA sementara Azim banyak melakukan kesilapan ketika kekalahan pasukan semasa berdepan Muangthong United di laman sendiri.
Bagaimanapun, sejak kehadiran Kalamullah, dia masih belum menampilkan aksi mengecewakan dengan pemain kelahiran Kelantan itu berjaya memberikan persembahan meyakinkan setiap kali berada dalam kesebelasan utama.
Kalamullah meneruskan aksi meyakinkan seperti mana ditampilkan pada tahun-tahun terdahulu. — Facebook/KDA FC
Berdasarkan rekod, Kalamullah tidak pernah dibolosi lebih daripada sekali dalam sesebuah perlawanan kecuali semasa pentas akhir pertama MFL Challenge Cup ketika skuad Gergasi Merah menang 3-2 ke atas PDRM FC.
Kekecewaan dalam perlawanan pertama itu bagaimanapun berjaya ditebus dalam aksi kedua apabila dia mencatatkan 'clean sheet' termasuk melakukan tiga tepisan berturut-turut pada penghujung permainan.
Lebih membanggakan lagi, persembahan heroik tersebut menyaksikan Selangor FC berjaya menamatkan penantian 10 tahun untuk menjulang piala selepas muncul juara pertandingan terbabit.
3. Bijak gunakan pengalaman
Pada awal kemasukannya, Kalamullah sukar mencuri hati penyokong Selangor FC yang lebih tertarik untuk mempertikaikan keputusan pihak pengurusan membawa masuk pemain itu memandangkan sudah terdapat ramai pilihan lain di posisi berkenaan.
Namun, sekiranya ditanya secara lebih mendalam, masih ada yang beranggapan kemasukannya sebagai satu rahmat kerana penjaga gol tersebut memiliki pengalaman luas dalam kariernya.
Selain sudah bermusim-musim beraksi dalam Liga Super, Kalamullah juga pernah dipanggil ke dalam kem skuad kebangsaan meskipun hanya satu penampilan antarabangsa direkodkan setakat ini.
Pengalaman luas itu cukup bermakna, lebih-lebih lagi kerana dia tahu kelemahan dan kelebihan setiap lawan bakal dihadapi dengan nilai berkenaan amat diperlukan dalam skuad Gergasi Merah.
Bukti terbaik daripada perkara berkenaan boleh disaksikan ketika Kalamullah menyelamatkan penalti Darren Lok ketika aksi Liga Super menentang Sabah FC di laman sendiri pada Khamis.
Momen diluangkan bersama penyerang itu setiap kali dipanggil ke dalam kem latihan Harimau Malaya menjadikannya lebih arif untuk mengagak tendangan bakal dilakukan, sekali gus membantu Selangor FC mengelak kekalahan keempat musim ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram