
KEMERIAHAN kancah bola sepak kini mula dihiasi dengan idea segar dari kelab-kelab Liga Malaysia melakukan kerjasama dengan penggiat seni untuk mempromosikan pasukan masing-masing.
PDRM FC dan Kedah Darul Aman FC antara dua kelab yang melakukan kerjasama dengan penggiat seni untuk mempromosi dan menarik minat lebih ramai penyokong hadir ke stadium.
Selangor FC juga ada usaha untuk mengikat penyanyi, Black Hanifah untuk melakukan lagu buat pasukan Gergasi Merah sebelum dia menolak untuk menghormati kerjasama bersama Sang Kenari.
BACA LAGI: 'Aku penyokong Selangor, tapi Castillejo ke JDT benda special'
BACA LAGI: Dulu saing di Portugal, 3 bekas rakan Safawi cipta nama bersama kelab elit Eropah
Usaha dua buah kelab itu wajar menjadi ikutan pasukan lain seperti Penang FC yang mempunyai ramai anak seni kelahiran Pulau Pinang demi menarik lebih ramai penyokong untuk memeriahkan stadium.
Antara figura yang paling dikenali ramai ialah pelakon, Sharnaaz Ahmad yang juga mempunyai kelab bola sepak sendiri.
Ini memberikan kelebihan buat Penang FC untuk mempromosikan kelab menggunakan khidmat anak tempatan yang lebih mengenali Pulau Mutiara itu.
Selain itu, Penang FC dan kelab milik Sharnaaz, Carabat FC juga boleh mengadakan hubungan dua hala untuk menukar pelbagai kerjasama sebagai contoh akar umbi atau pinjaman pemain muda untuk kebaikan bola sepak Pulau Pinang.
Dengan Sharnaaz bakal membintangi banyak filem-filem tempatan yang akan keluar pada 2025 seperti Blood Brother, Magik Rompak dan Original Gangster ia secara tidak langsung boleh memberikan pendedahan tentang Penang FC kepada khalayak ramai.
Raffi Ahmad merupakan pemilik RANS Nusantara FC.
Untuk info, kerjasama antara penggiat seni dan kelab bola sepak sudah lama dilakukan di negara jiran, Indonesia yang mana pelakon terkenal Indonesia iaitu Raffi Ahmad merupakan pemilik kelab pasukan Liga 2 Indonesia, RANS Nusantara FC (sebelum ini dikenali sebagai Cilegon United) apabila dia difahamkan membelanja kira 300 bilion rupiah atau (RM81.1 juta) untuk memiliki kelab itu pada 2021.
Selain Raffi, pempengaruh terkenal Indonesia iaitu Atta Halilintar pula merupakan pemilik kelab Bekasi FC yang beraksi di saingan Liga 2. Atta pernah mengaku mengalami kerugian besar apabila saingan Liga 2 dihentikan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram