Tawar hadiah cecah RM300,000, Ladies Championship jadi turnamen baharu PGM


  • Podium
  • Khamis, 27 Feb 2025

Nik Mustapha (kanan) ketika memperkenalkan kalendar Jelajah PGM 2025.

PERSATUAN Profesional Golf Malaysia (PGM) membawa pembaharun untuk Jelajah PGM 2025 apabila memperkenalkan kejohanan baharu khusus untuk pemain golf wanita baik amatur ataupun profesional.

Pengurus Besar Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM), Nik Mustapha Nik Mohamed berkata, kejohanan istimewa yang dikenali sebagai The Ladies itu akan menawarkan ganjaran mencecah RM300,000 untuk peserta.

Mengulas lanjut, Nik Mustapha menjelaskan bahawa kejohanan The Ladies akan diadakan di The Mines Resort and Golf Club di Seri Kembangan, Selangor pada Ogos nanti.

BACA LAGI: Program Junior Golf Summer Camp dapat tunjuk ajar istimewa bintang golf kebangsaan

BACA LAGI: Swing For Health, kaedah kreatif Klinik Dr Najwa tingkat kesedaran penjagaan kesihatan di lapangan golf

“Sebagaimana yang dikatakan, apa yang berbeza daripada sebelum-sebelum ini, tahun ini ada The Ladies. Ladies Tournament mungkin formatnya tetap sama, tetap stroke play.

“Tapi sama ada mereka mahu buat sesi kalayakan sebelumnya, kita perlu berbincang dengan penaja. Tapi buat masa ini, mungkin mereka akan terus menggunakan format yang kita selalu gunakan iaitu stroke play dan selama tiga hari. 

“Ia akan difokuskan kepada pemain profesional Malaysia. Tapi secara visinya adalah untuk menjadikannya lebih besar dan menarik pemain-pemain dari serantau tetapi sekarang kami fokuskan pemain tanah air.

“Saya rasa sasaran kejohanan ini adalah untuk mencabar lebih ramai pemain-pemain untuk datang dan bermain golf profesional,” katanya.

Kalender Jelajah PGM 2025.

Nik Mustapha ditemui dalam satu acara penutup kejohanan PGM Seri Selangor 2025 di Kelab Golf Seri Selangor di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Sementara itu, Nik Mustapha juga sempat berkongsi rasa syukurnya dengan penaja sebelum ini iaitu Toyota yang memberi tajaan selama dua tahun kepada PGM dalam meneruskan kejohanan jelajah mereka.

Mengulas lanjut mengenai penjaan baharu, Nik Mustapha masih enggan mendedahkan organisasi yang sudi berkolaborasi bersama mereka dan akan mendedahkannya nanti.

Nik Mustapha (empat dari kiri) bersama pemenang PGM Seri Selangor Closed Champhionship pada Khamis.

“Sekarang kami sedang menjalankan jelajah dengan apa sahaja dana yang telah kami simpan selama beberapa tahun ini.

“Kami telah berusaha untuk mendapatkan beberapa penajaan. Kami harap akan dapat. Kami menanti-nantikan ada penajaa besar untuk satu atau dua kejohanan,” jelasnya.

Berdasarkan kalendar yang dikeluarkan oleh PGM, Jelajah mereka sudah bermula pada Januari dengan bulan November 2025 akan menjadi penutup. PKNS Selangor Masters dan PGM Seri Selangor Closed Champhionship yang sudah melabuhkan tirai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram