DALAM usaha mempromosikan gaya hidup sihat dan meningkatkan tahap kesedaran tentang kesihatan diri, pengamal perubatan sentiasa mencari kaedah kreatif untuk memastikan masyarakat menerima mesej yang ingin disampaikan.
Begitu juga dengan Klinik Dr Najwa yang bijak menggunakan lapangan golf sebagai platform untuk meneruskan usaha mewujudkan komuniti yang peka dengan penjagaan kesihatan diri.
Malah tidak keterlaluan dikatakan bahawa penganjuran Swing for Heatlh oleh Klinik Dr Najwa merupakan yang pertama di Malaysia melibatkan klinik swasta.
BACA LAGI: Cabaran pemanduan 23 selekoh, kaki Go-Kart patut uji kemahiran di RUD Karting Gamuda Cove
BACA LAGI: KKB 'hidden gem' aktiviti lasak, paragliding dan rafting antara 4 sukan ekstrem wajib cuba
Berlangsung di Impian Golf and Country Club di Kajang baru-baru, seramai 120 pemain golf amatur dari pelbagai latar belakang termasuk pakar perubatan menyertai kejohanan itu sebagai tanda sokongan terhadap usaha Klinik Dr Najwa.
Sesuai dengan tema pertandingan iaitu Swing for Health, Klinik Dr Najwa turut mengadakan sesi pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada semua peserta.
Ini termasuk pemeriksaan kolestrol, tahap gula, asid urik serta sesi perbincangan kesihatan bersama Pengarah Perubatan klinik tersebut, Dr Syarifah Najwa Syed Ahmad dan Ketua Doktor Residen, Dr Julia Adam Leong.
Sesi pemeriksaan kesihatan secara percuma ini juga adalah yang pertama diadakan pada penganjuran golf amatur di Malaysia.
Selain itu, peserta juga boleh mendapatkan khidmat nasihat berhubung perihal kesihatan menerusi kaunter khas yang dibuka oleh para petugas Klinik Dr Najwa.
Mengulas lanjut tentang kejayaan penganjuran kejohanan itu, Dr Syarifah atau lebih mesra dikenali sebagai Dr Najwa, berkata, beliau sentiasa memegang misi untuk memberi inspirasi dan memastikan setiap orang mengamalkan gaya hidup sihat.
Jelasnya, selama bertahun-tahun, Klinik Dr Najwa sentiasa berpegang kepada misi tersebut dengan penganjuran dan penglibatan secara aktif dalam pelbagai jenis program bagi mencapat matlamat membawa perkhidmatan kesihatan, kesedaran dan mendidik kepada masyarakat yang memerlukan.
"Penganjuran kejohanan hari ini merupakan satu lagi perjalanan misi kami untuk mengangkat soal kepentingan kesihatan menerusi penglibatan bermakna setiap peserta.
"Kami percaya program seperti ini merupakan cara terbaik dengan menggabungkan aktiviti fizikal dan hubungan sosial, sekali gus mengingatkan kita bahawa kesihatan bukan saja melibatkan kesihatan fizikal tetapi juga membina masyarakat yang bertenaga," katanya.
Dr Najwa (tengah) dan Dr Julia bersama para pemenang kejohanan golf Swing For Health anjuran Klinik Dr Najwa.
Turut hadir pada majlis tersebut, Pengarah Urusan Klinik Dr Najwa, Zamari Abdul Ghani.
Klinik Dr Najwa merupakan rangkaian klinik swasta yang diuruskan Klinik Dr. Najwa Sdn. Bhd sejak penubuhannya pada 2013 dan diuruskan serta dibangunkan sepenuhnya oleh Bumiputera.
Kini Klinik Dr Najwa memiliki 11 cawangan di Lembah Klang termasuk di Putrajaya, Bangi, Kajang, Puchong dan Dengkil.
Klinik tersebut menyediakan perkhidmatan profesional mengikut panduan perubatan terkini untuk semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, orang dewasa dan golongan warga emas.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan kesihatan yang disediakan, boleh layari pautan https://klinikdrnajwa.com/. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram