
BUKAN menghidang berita kemenangan liga tetapi Manchester United dikhabarkan akan menutup kantin pekerja di Stadium Old Trafford dan hanya menawarkan buah-buahan berbanding juadah makanan tengahari lengkap ketika ini.
Malah, terdapat ura-ura mengatakan langkah sedemikian akan turut diambil ke atas kemudahan di padang latihan kelab dengan hanya pemain akan menerima makanan lengkap pada waktu tengahari sementara staf lain hanya ditawarkan sup dan roti.
Selepas membuat perubahan drastik itu, Man United dilaporkan bakal berdepan saingan sengit dalam usaha mendapatkan pemain pertahanan Everton iaitu Jarrad Branthwaite pada jendela perpindahan musim panas nanti.
BACA LAGI: Makin tak masuk akal, Ratcliffe tutup kantin staf Man United demi kurangkan kos operasi
BACA LAGI: Lepas batalkan jamuan Krismas, Sir Jim Ratcliffe potong bonus perayaan staf Man United
Walaupun pengurus baharu United, Ruben Amorim tidak membuat sebarang percubaan untuk membawa masuk pemain berusia 21 tahun itu pada jendela perpindahan Januari lalu, Branthwaite kekal sebagai salah satu sasaran utama kelab tersebut.
Sementara itu, Everton dikatakan sedang giat berusaha untuk mengekalkan pemain pertahanan mereka dengan harapan perpindahan ke stadium baharu akan menjadi faktor utama untuk meyakinkan Branthwaite agar terus kekal di Goodison Park.
Bagaimanapun, usaha Everton boleh dianggap sebagai langkah terdesak dan memberi gambaran bahawa perpindahan mungkin tidak dapat dielakkan. Namun, ia tidak bermakna Man United akan mudah mendapatkan kerana beberapa kelab elit lain turut menunjukkan minat yang tinggi.
Menurut laporan CaughtOffside, Liverpool dan Tottenham Hotspur bersedia untuk mencabar United dalam perlumbaan mendapatkan Branthwaite pada musim panas nanti.
Liverpool menunjukkan minat mahu menyambar Branthwaite. — Agensi
"Walaupun Everton tidak rela kehilangan Jarrad Branthwaite, nampaknya sudah menjadi kepastian bahawa akan ada persaingan sengit untuk mendapatkan khidmatnya," jelas laporan itu, menguatkan spekulasi bahawa pemain muda itu sedang menuju ke pintu keluar kelab.
Namun begitu, Everton masih berusaha mengekalkan Branthwaite dengan perancangan untuk menawarkan kontrak lanjutan sehingga musim 2029/2030. Langkah itu diambil bagi menghalang kelab lain daripada mendapatkan khidmatnya, selain mengiktiraf peranannya sebagai pemain penting untuk masa depan pasukan.
Saingan mendapatkan Branthwaite tidak terhad kepada Liverpool dan Spurs sahaja. The Peoples Person sebelum ini melaporkan bahawa Manchester City turut memantau perkembangan pemain muda tersebut, manakala Real Madrid juga dikatakan berminat untuk mendapatkannya.
Dengan kewangan yang kukuh, Man City berpeluang besar menyambar Branthwaite. — Agensi
Bagi Man United, persaingan itu dijangka menjadi cabaran besar, terutama sekali dengan bajet perpindahan kelab yang dijangka terhad pada musim panas ini. Berbanding Liverpool, Spurs, City dan Madrid yang memiliki kelebihan kewangan lebih besar.
Selain itu, prestasi Branthwaite musim ini turut menimbulkan tanda tanya, terutama selepas aksi hambarnya ketika menentang United di Old Trafford sebelum ini. Everton sekadar merekodkan seri 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram