
KEBELAKANGAN ini, nama Ferdy Druijf semakin meniti di bibir penyokong tempata selepas penyerang kelahiran Belanda itu difahamkan akan memperkuatkan Harimau Malaya tidak lama lagi.
Menerusi perkembangan terbaharu, penyerang berusia 27 tahun tersebut dikatakan semakin hampir menyarung jersi skuad kebangsaan susulan proses dokmentasinya dilaporkan sudah pun selesai.
Sejak itu namanya semakin menjadi topik perbualan penyokong hingga pengikut bola sepak Indonesia juga menyoriti perkara berkenaan. Sebahagian mereka juga sudah meramal masa depan Druijf bersama pasukan baharu.
BACA LAGI: Dokumentasi kerakyatan sudah selesai, kehadiran Ferdy Druijf dianggap satu perjudian
BACA LAGI: [VIDEO] Petik nama TMJ, Ferdy Druijf semakin hampir sarung jersi Harimau Malaya?
Berdasarkan komen-komen penyokong Indonesia di media sosial, mereka meramalkan Druijf akan meneruskan kariernya adalah dengan menyertai pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT).
"Ejen bebas tambah kuota lokal, JDT siap-siap boleh menampung perpindahan Druijf," kata penyokong Indonesia, Agung Tri Laksono.
"Calon penyerang JDT, cukup berbaloi untuk diserap ke JDT ini," cadang penyokong Harimau Selatan, Aji Masnyikk.
Harimau Selatan yang kini merupakan wakil negara di Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), pastinya menjadi sebab besar untuk bekas penyerang PEC Zwolle itu beraksi di pentas terbesar Asia.
Bagaimanapun, media antarabangsa, Voetbalprimeur mencadangkan agar FC Groningen merekrut Druijf yang kini bergelar ejen bebas selepas kontraknya ditamatkan oleh SK Rapid Vienna pada 5 Februari lalu.
Dalam satu sesi audio siar #DoneDeal yang dikeluarkan oleh Voetbalprimeur, Druijf disebut sesuai untuk menyertai FC Groningen yang ketika ini bersaing di liga utama Belanda.
"FC Groningen sangat sesuai untuknya (Ferdy Druijf)," kata segmen audio siar #DoneDeal itu.
Pasukan berkenaan kini berada di kedudukan kelapan Eredivise dengan mengutip 27 mata selepas 23 perlawanan musim ini dan bersaing hebat untuk mengakhiri saingan di tempat terbaik. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram