
LEGENDA bola sepak Kelantan, Nawawi Deris menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.45 pagi di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan akibat kompilasi penyakit dihadapi sejak bertahun-tahun dahulu.
Berita sedih itu disampaikan selebriti tanah air, Mohammad Amirullah Azmi atau lebih dikenali sebagai Amir Raja Lawak yang juga merupakan anak saudara kepada bekas jurulatih tersebut.
"Arwah yang lebih dikenali dengan panggilan cikgu adalah bekas jurulatih bola sepak bagi #BakatNawi dan #BakatKelantan antara tahun 1980-an hingga 2000 juga.
BACA LAGI: Lepas Amir Raja Lawak, Achey pula ikut jejak buka bisnes ayam goreng DON YA
BACA LAGI: 'Saya hanya lelaki biasa', Perodua Alza baharu bukti titik peluh Amir Raja Lawak berbaloi
Nawawi banyak mencurah jasa dalam arena bola sepak Kelantan, termasuk dalam bidang kejurulatihan. — Facebook/Amir Raja Lawak
"Sesiapa yang mengenali arwah dan ingin menziarah buat kali terakhir boleh berbuat demikian. Anggaran pukul 9 pagi, jenazah akan dibawa ke Surau Flat Jalan Bayam yang berhampiran rumah arwah," tulisnya.
Jelasnya lagi, Allahyarham akan dikebumikan antara pukul 11 pagi dan 12 tengahari di tanah perkuburan berhampiran Flat Jalan Bayam, Kelantan selepas segala proses pengebumian selesai.
Berdasarkan laporan sebelum ini, Nawawi merupakan seorang jurulatih berpengaruh dalam arena bola sepak di negeri Pantai Timur apabila segelintir daripada anak-anak buahnya beraksi di tahap tertinggi.
Allahyarham Hashim merupakan salah seorang anak didik Allahyarham Nawawi.
Ini termasuk Allahyarham Hashim Mustapha, Wan Ezila Daud serta Zahasmi Ismail yang masing-masing menimba ilmu dalam program Kelab Bimbingan Bola Sepak Kelantan (BAKAT).
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada kelab tersebut masih berjalan atau sebaliknya kerana kurangnya liputan mengenai perkara tersebut selain kekurangan perkongsian daripada orang ramai di media sosial.
Selain itu, Allahyarham sering memberi sokongan kepada usaha Amir Raja Lawak yang menjual air minuman di tepi jalan kerana dia pernah menziarahi usaha anak saudaranya tersebut dua tahun lalu.
Kehilangannya sudah tentu memberi kesan kepada peminat tegar bola sepak Kelantan kerana jasanya, baik dari segi kejurulatihan mahupun di atas padang akan terus mekar dalam ingatan ramai. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram