'Comeback' tak sampai seminit, fans Terengganu mulakan kempen 'Badrul out'


  • Podium
  • Jumaat, 21 Feb 2025

Pemain-pemain Terengganu meraikan jaringan Manuel Ott. — TFC

PERLAWANAN Liga Super minggu ini pastinya tertumpu kepada aksi antara Terengganu FC menentang Kuching City apabila kedua-dua pasukan memasang impian untuk mengutip tiga mata berharga bagi memperbaiki kedudukan masing-masing di dalam liga.

Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak itu menyaksikan Terengganu mempercayai sembilan kudrat pemain tempatan apabila hanya menurunkan dua import iaitu Ismaheel Akinade dan Manuel Ott.

Manakala Kuching City mempertaruhkan lima pemain import untuk membawa pulang tiga mata di halaman lawan.

BACA LAGI: [VIDEO] Penuh pengalaman di Asia, Mark Milligan rasmi 'assistant' Peter Cklamovski kemudi Harimau Malaysia

BACA LAGI: Ruben Amorim dilapor mahu tinggalkan Man United, nama pengganti sudah dikenal pasti

Sepanjang 10 minit pertama, rancangan Aidil Shahrin mempertaruhkan lima pemain import dilihat tidak berhasil apabila Manuel Ott menjaringkan gol pada minit ke-8 untuk meletakkan Terengganu di hadapan seawal permainan.

Tersentak dengan jaringan awal Manuel Ott, Kuching City kembali mengimbangi perlawanan apabila jentera serangan The Cats mula mengusik kubu pertahanan Sang Penyu.

Namun begitu, Terengganu masih mengawal keseluruhan permainan di separuh masa pertama dengan 51 peratus berbanding Kuching City hanya 48 peratus.

Lebih menarik dalam perlawanan itu apabila ia bagai reunion buat Jordan Mintah dan Arif Fadzilah apabila kedua-keduanya pernah beraksi bersama Terengganu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata penyokong Terengganu memberi peringatan agar pemain tidak mudah selesa meskipun sudah mendahului perlawanan.

"Kekal positif jangan mundur," kata Che Wan Ahmad.

"Dah gol, cari gol lagi jangan perlahankan permainan pula silap-silap nanti kena dua biji," komen Huzairi Mohamad.

"Awal dah buat gol selepas itu main sambil lewa ibarat macam menang 10 gol," ujar Mie Mie.

Keputusan kekal 1-0 dengan Terengganu mendahului perlawanan hasil jaringan Manuel Ott.

Bersambung babak kedua, Kuching City dilihat meningkatkan corak permainan apabila banyak melakukan serangan ke kubu pertahanan tuan rumah.

Namun begitu, asakan Kuching City itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain Terengganu apabila melakukan serangan balas sehingga berjaya menghasilkan gol menerusi Akinade pada minit ke-58.

Tersentak dengan jaringan kedua Akinade, Kuching City terus meledak gol menerusi rembatan padu Mintah hasil kesilapan pertahanan Terengganu pada minit ke-64.

Tidak sampai seminit, Kuching City bangkit menyamakan kedudukan 2-2 selepas sepakan percuma Petrus Shitembi masuk ke dalam gawang gol Terengganu untuk menewaskan Syed Nasrulhaq.

Dikejutkan oleh Kuching City, Badrul Azfan terus memasukkan Akhyar Rashid untuk memperkuatkan barisan serangan Sang Penyu.

Meskipun beberapa gerakan berbahaya dilakukan oleh Akhyar namun ia masih gagal untuk membantu Terengganu mengutip tiga mata penuh di Gong Badak.

Keputusan kekal 2-2 sehingga wisel penamat ditiupkan oleh pengadil perlawanan.

Tamat perlawanan kapten Terengganu, Safawi Rasid sangat berang dengan pengadil perlawanan sehinggakan dia dilayangkan kad kuning meskipun wisel sudah ditiupkan.

Tidak dapat menerima keputusan itu, penyokong Terengganu berfikir untuk memulakan kempen 'Badrul out' selepas berang Sang Penyu gagal mengutip tiga mata di halaman sendiri.

"Booooo, kempen Badrul out pula ke? Coach Rosdi in? Macam itu sahajalah Terengganu punya bola," luah Perantau Sebelas.

"Coach Bad (Badrul) out, Coach Sogo Mayang FC in," komen Wan Fauzi.

"Mentaliti coach main nak bertahan sahaja, siapa larat lima pertahanan, padahal awal lagi," ujar Zahran Hashim.

Selepas ini Terengganu akan bertemu Sri Pahang di Stadium Temerloh pada 27 Februari, manakala pula akan terbang ke Kota Bharu untuk menentang Kelantan Darul Naim FC pada 26 Februari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram